Biodata Penuh Jep Sepahtu

Assalamualaikum

Biodata Penuh Jep SepahtuJep Sepahtu atau nama sebenar beliau Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin merupakan pelawak terkenal dan tersohor yang berasal dari selatan tanah air iaitu Kulai, Johor. Beliau dilahirkan pada 9 April 1985 bersamaaan 30 tahun usianya ( tahun 2014 ). Menurut kenalan rapatnya, beliau merupakan seorang yang peramah dan suka menyakat. Itulah sebab, beliau sentiasa menghiburkan para peminatnya dengan lawak jenakanya.

Kalau anda ingat Jep Sepahtu pernah menjuarai Raja Lawak 3 dengan kumpulan Sepah dengan dianggotai dua lagi rakannya iaitu Shuib dan  Mamat. Namun, selepas salah seorang antara mereka keluar dari kumpulan tersebut, menubuhkan pula kumpulan SEPAHTU yang dianggotai oleh Jep dan Shuib, kekal sehingga sekarang.

Kejayaan Jep Sepahtu Dalam Arena Lawak

Anak keemapat dari tujuh adik-beradik ini bukan saja pernah menjadi juara dalam Raja Lawak 3, malah beliau juga pernah menjadi pemenang bagi sebuah rancangan improvisasi Super Spontan tahun 2013 dan pernah menewaskan pelawak popular yang lain dalam memengangi Artis Lawak Lelaki Paling Popular di Anugerah Lawak Warna yang julung kalinya dibuat oleh Astro bagi memberi penghargaan kepada pelawak tanah air. Hebatkan beliau?

Biodata Penuh Jep Sepahtu

Bukan itu saja Jep juga pernah menjadi pengacara progaram lawak iaitu School of lawak bersama dengan Johan yang bersiaran di Astro Arena. Ehh... tak habis lagi, banyak lagi kejayaan Jep ini antaranya pernah menjadi Maharaja Lawak (2011) dan juara Maharaja Lawak Mega (2013). Uhm! banyak kan..

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh baca di sini - Biodata Penuh Jep Sepahtu

0 Komentar untuk "Biodata Penuh Jep Sepahtu"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info