Pengembaraan Filem Villa Nabila

Assalamualaikum

Pengembaraan Filem Villa NabilaPengembaraan filem Villa Nabila adalah sebuah filem seram eksperimental 2015 arahan pengarah muda, Syafiq Yusof serta beberapa barisan pelakon iaitu Pekin Ibrahim, Tisha Shamsir serta pelakon-pelakon lain.

Villa Nabila adalah sebuah rumah besar mewah yang lebih sesuai disebut villa ini terletak di Johor dan tidak jauh dari bandar Johor Bahru dan menghadap Pantai (Danga Bay). Menurut orang Johor, Villa Nabila merupakan tempat paling top dengan kisah seram, juga antara 10 tempat paling di dunia. 

Filem ini diterbitkan selepas berlakunya insiden 23 orang remaja hilang dalam villa tersebut. Seorang ibu membuat laporan polis, bahawa anaknya Izzat telah hilang dalam villa itu. Kemudian, beliau ditemukan telah tidur dirumah rakan dalam keadaan hilang ingatan tentang kejadian itu. Sejauh mana, kebenaran kes kehilangan remaja, hanya mereka saja yang tahu.

Sinopsis Filem Seram Eksperimental 2015

Filem ini berkisar daripada kisah benar yang dilalui oleh kontraktor dan pekerjanya untuk merobohkan villa tersebut tetapi tidak berjaya. Kisahnya bermula selepas Syafiq Yusof menebual beberapa individu yang dirahsia identitnya untuk menceritakan semula pengalaman mereka kemudia dilakonkan oleh Pekin Ibrahim dan Tasha Shamsir. 

Pengembaraan Filem Villa Nabila

Sebanyak enam pekerja, diarahkan untuk merobohkan Villa Nabila dalam masa beberapa hari. Namun, beberapa kejadian pelik telah berlaku sepanjang kerja meroboh dinding villa tersebut. Di mana, setiap kali mereka cuba memecahkan dinding, keesokan dinding tersebut kelihatan elok tanpa sebarang ketukan. 

Nak tahu lebih lanjut, anda saksikan sendiri pengembaraan Filem Villa Nabila.

Pengalaman Menonton Filem Villa Nabila

Pengembaraan Filem Villa Nabila

Dari segi pengalaman menonton, aku boleh kasi empat bintang. Filem Villa Nabila memang seram, penuh dengan kejutan, suspen. Bila tengok tu, rasa nak tahu kisah sebenar di sebalik Villa itu memang ada. Tapi, menurut ketua kontroktor itu, jika berlaku apa-apa selepas tayangan ini, jangan libatkan dirinya. Uhm! macam seram jer.

1 Komentar untuk "Pengembaraan Filem Villa Nabila"

So far..kalo pegi cinema x penah lg tengok filem melayu..skg ni pun mls nk p..tggu download je..huhu

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info