Permohonan Perumahan Penjawat Awam PPA1M 2015

Assalamualaikum


Permohonan Perumahan Penjawat Awam PPA1M 2015Permohonan perumahan penjawat awam (PPA1M) bagi tahun 2015, fasa kedua dengan menyediakan rumah mampu milik untuk penjawat awam dan membabitkan pembinaan sebanyak 6,000 unit kediaman mampu milik di Putrajaya.

Kediaman fasa kedua ini yang bakal dibangunkan itu dianggarkan berharga antara RM90,000 hingga RM300,000 sebuah untuk rumah berkeluasan antara 850 dan 1,500 kaki persegi (79 hingga 139 meter persegi).
Sebagai makluman semua, bahawa permohonan perumahan penjawat awam PPA1M 2015 Putrajaya 2015 bagi fasa kedua akan dibuka mulai 12 Februari 2015 sehingga 12 Mac 2015. Kakitangan awam yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan secara online sebaik sahaja tarikh permohonan dibuka

Syarat Kelayakan PPA1M 2015

Bil
Perkara
1.
Warganegara Malaysia
2.
Keutamaan kepada pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 10,000
3.
Terbuka kepada semua kakitangan awam dan badan-badan berkanun Persekutuan
4.
Diutamakan kepada kakitangan awam yang bekerja di Putrajaya
5.
Tidak diistiharkan Muflis
 

Butiran Permohonan


Perkara
Butiran
Tarikh Permohonan Online
Permohonan dan pendaftaran PPA1M 2015 bagi fasa kedua boleh dilakukan secara online mulai 12 Februari sehingga 12 Mac 2015.

Nota :
·         Bagi mana-mana penjawat awam yang belum mengemukan permohonan boleh rebut peluang ini.

Keterangan lanjut
Sila layari Portal Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia di pautan http://110.4.42.151/~ppa1m/soalan-lazim-2/ untuk jawapan kepada soalan lazim yang berkaitan

Laman web sistem PPA1M 2015 

Maklumat Lanjut
 http://www.ppj.gov.my atau hubungi melalui talian 1MOCC: 03-8000-8000

Permohonan Perumahan Penjawat Awam PPA1M 2015

Jadi bagi penjawat awam yang masih belum memilik rumah sendiri, rebutlah peluang ini.

0 Komentar untuk "Permohonan Perumahan Penjawat Awam PPA1M 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info