Azmil Karim Bergelar Juara Mentor Legend

Azmil Karim Bergelar Juara Mentor LegendAzmil Karim bergelar juara mentor legend. Setiap minggu persembahan beliau sentiasa mendapat komen baik. Jadi, tidak hairanlah beliau berjaga dinobatkan sebagai juara mentor legend musim ini.

Anak jadi Tawau, Sabah ini  memperolehi 86 peratus markah keseluruhan dan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM300,000 berserta trofi.

Manakala hadiah lain pula, sebuah Proton Iriz, TV HD dan juga baucer Zalora bernilai RM10,000.

Azmil merupakan protege kepada Dayang Nurfaizah ini memiliki bakat dalaman semulajadi, yang sungguh disangka beliau. Beruntungkan?

Azmil Karim Bergelar Juara Mentor Legend

Azmil Karim Bergelar Juara Mentor Legend

Bagi tempat kedua pula dimenangi oleh Aina Bt Abdul Ghani iaitu protege kepada ratu rock Malaysia Ella, berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi, dengan mendapat markah keseluruhan sebanyak 68 peratus mendahului Sarah.

Manakala Sarah protege kepada Amy Search pula berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi dengan mendapat markah sebanyak 61 peratus secara keseluruhannya.

Dengar cerita Azmil merupakan pekerja di sebuah Hostel Legoland, dan sedang mengambil cuti tanpa gaji.

Adakah beliau akan berhenti dari pekerjaan tersebut? kerna sudah pasti banyak komitmen yang bakal menanti beliau kan.

Apa pun tahniah buat semua peserta Mentor Legend 2015.



1 Komentar untuk "Azmil Karim Bergelar Juara Mentor Legend"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info