Pokok Kurma Di Sekitar Pekan Kodiang

Pokok Kurma Di Sekitar Pekan KodiangPokok kurma di sekitar pekan Kodiang. Selepas pokok kurma berbuah lebat di Kota Bahru Kelantan, kini Kodiang Kedah juga tidak melepaskan peluang untuk menanam pokok ini di tepian jalan pekan tersebut.

Kerja-kerja penanaman ini sudah bermula sejak awal Januari 2015 ini. Masa mula nampak tu, aku fikir pokok kelapa sawit, sekilas pandang memang macam pokok kelapa sawit, tapi lihat dapat info bahawa MDKP baru aku tahu pokok kurma rupanya...hehe

Tak lama lagi, bolehlah kita melihat hasil buahnya, selalu tengok dah yang siap dalam kotak. Kali kita tengok buah yang lebat di dahannya. 

Huh! adakah akan keluar buah kurma keluaran Kodiang? 

Pokok Kurma Di Sekitar Pekan Kodiang

Pokok Kurma Di Sekitar Pekan Kodiang

Kira-kira 30 pokok kurma ditanam bermula di Jalan Perlis, Kodiang iaitu di sempadan pintu masuk ke Kedah dari Perlis.

Sebelumnya, tepian jalan pekan Kodiang itu, hanya ditumbuhi rumput dan lalang. Lalu usaha MDKP untuk menanam poko kurma bagi hiasi landskap jalan tersebut, disambut baik oleh penduduk sekitar.

Malah, tumbuhan ini dapat menwujudkan persekitaran yang redup di sepanjang jalan utama. 

Lagi pun, cuaca kat utara memang panas terik, jadi boleh sangat la pokok kurma ini hidup kan?

Untuk baca lebih lanjut - SinarHarian

3 Komentar untuk "Pokok Kurma Di Sekitar Pekan Kodiang"

Wah, kemasnya blog ika...boleh bgtau kat mana servis design blog ni? kalau sendiri buat rasa nak upah revamp blog saya tu. :) halif83@gmail.com

Template-nya dari blogger seberang, cuma bila dh download tu kena la edit sendiri...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info