Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Online

Skim latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program latihan yang ditawarkan kepada pencari kerja seluruh Malaysia terutama graduan dan lepasan universiti. Di bawah program ini, peserta akan menjalani latihan selama setahun di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan iaitu GLC atau swasta dan layak menerima elaun minima sebanyak RM1,000 sebulan.

Ianya dibuka sepanjang tahun.

Jadi untuk anda yang baru sahaja tamat pengajian dan belum lagi mendapat kerja, bolehlah cuba memohon program ini secara online. Skim ini diperkenalkan bagi membantu, para graduan yang belum mendapat pekerjaan.

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Tambahan pula SL1M juga bercadang untuk melaksanakan program penghayatan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan membuat persembahan terutama dalam penggunaan bahasa Inggeris.
Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Online
Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Daftar Online Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Jika berminat, anda boleh mendaftar secara online melalui pautan ini - Skim Latihan 1Malaysia. Kemudian klik butang - SL1M participants registration, seperti paparan di bawah. Ikut arahan yang diberikan.

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Online 
Terma & Syarat

Untuk graduan yang ingin menyertai program SL1M hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan dibawah ini.
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda ke atas.
  3. Lepasan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain dari Kerajaan Malaysia.
  4. Tidak mendapat pekerjaan selama 6 bulan menerima ijazah selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan. 
  5. Telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima.
  6. Mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementeriam Sumber Manusia.
2 Komentar untuk "Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Online"

menarik ni, terima kasih di atas perkongsian ini...

saya baru ada diploma..belum layak nak mohon, haha

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info