Statistik Terkini Kes Denggi 2015

Statistik Terkini Kes Denggi 2015Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menyarankan semua rakyat Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga berikutan kes denggi yang semakin meningkat awal tahun 2015 ini.

Kebiasaannya tanda awal untuk mengecam kes demam denggi, apabila seseorang itu menghidapi demam panas yang kuat dan dalam masa yang sama turut merasai sakit kepala, sakit sendi atau timbulnya bintik-bintik merah pada kulit. 

Namun, ada juga kes demam denggi yang mengalami masalah seperti ini;
  1. Cirit-birit
  2. Muntah
  3. Rasa mual
Jika sesiapa mempunyai simptom sedemikian, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Jangan tangguh kerna berkemungkinan boleh membawa maut.

Statistik Terkini Kes Denggi 2015 

Statistik Terkini Kes Denggi 2015
 *sumber Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC,
Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.
 
Untuk makluman pembaca, berikut adalah statistik kes denggi terkumpul bagi negeri-negeri di Malaysia. Kes ini direkodkan daripada 4hb Januari sehingga 3hb Februari 2015.

Untuk anda yang tinggi di lima negeri tertinggi kes denggi, sila perhatikan tanda terbaru kes denggi yang diberikan oleh KKM.

70% Penghidap Denggi dari Kediaman

Daripada maklumat yang disampaikan KKM, hampir 70% yang menghidapi demam denggi adalah terkena gigitan aedes di kawasan berhampiran kediaman mereka. 

Ini perlu diberikan perhatian penuh...

Maknanya, lihat kawasan sekeliling kediaman anda, buang semua takungan aisdalam pasu atau bekas plastik. Bunuh tempat pembiakan aedes. Jika anda mempunyai tanda-tanda yang disebutkan di atas, segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan anda.

Cegah aedes tiada denggi...



0 Komentar untuk "Statistik Terkini Kes Denggi 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info