Tarif Elektrik Bakal Turun Mac Ini

Tarif Elektrik Bakal Turun Mac IniPastinya ini berita gembira buat rakyat Malaysia. Jika sebelum ini, ramai berharap harga petrol Ron95, Ron97 dan diesel diturunkan. Ya! anda sudah merasainya bukan.

Kini, tarif elektrik pula bakal turun mulai 1 Mac 2015 ini. 

Sumber dipetik dari akhbar Berita Harian online, satu Mesyuarat Kabinet diadakan hari ini, telah memutuskan untuk menurunkan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) iaitu sebenyak 2.25snen /KWj bagi pengguna Semenanjung Malaysia, dan berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Perkara tersebut diumum sendiri oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Putrajaya, hari ini.

Tarif Elektrik Bakal Turun Mac Ini

Tarif Elektrik Bakal Turun Mac Ini

Sehubungan dengan itu, purata kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diturunkan sebanyak 1.20sen/KWj, berkuat kuasa bagi tempoh yang sama. Penurunan sebanyak 3.5% daripada purata kadar tarif semasa.

Berkatanya lagi, "keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira penurunan kos bahan api global. Dan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 32 peratus pengguna domestik yang mengguna elektrik melebihi 300 KWj sebulan dan semua pengguna dalam kategori lain seperti komersial dan domestik,"


1 Komentar untuk "Tarif Elektrik Bakal Turun Mac Ini"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info