BR1M 2015 Tidak Diluluskan

BR1M 2015 tidak diluluskan. Uhm! nampak gaya tahun ni aku nak rasa duit kerajaan belum kesampaian lagi. 

Dengan alasan, aku belum lagi menerima surat tamat pengajian. Walaupun aku sudah habis belajar tetapi belum lagi konvo. 

Tapi untuk kami yang dah habis belajar, nak guna untuk apa ye Baucer Buku 1Malaysia nie? Untuk anda yang mahu melihat status kelulusan BR1M 2015 berjaya atau tidak boleh rujuk sini - Semak status permohonan BR1M2015.

BR1M 2015 Tidak Diluluskan

BR1M 2015 Tidak Diluluskan

Kod Alasan Tidak Lulus BR1M2015



Kod

Alasan Tidak Lulus BR1M 2015
Salinan Dokumen Perayu/ Pasangan/ Tanggungan
01

No. Pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

02

Nama pemohon berbeza dengan data JPN
• Pengenalan Pemohon
03

No. Pengenalan pemohon tidak wujud di UGAT/PDRM
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
04

Nama pemohon berbeza dengan data UGAT/PDRM

05

Semakan data agensi/borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
06

Semakan data agensi/borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000

07

Pemohon telah menerima baucar buku
• Surat Penangguhan / Berhenti Belajar
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
08

Semakan data agensi mendapati had kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
• Surat Pembuktian Hak Milik
09

Semakan data agensi mendapati had kemampuan suami/isteri memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
10

Semakan data agensi mendapati had kemampuan tanggungan memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan

11

Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan
• Dokumen Pengenalan Pasangan
12

Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap
• Sijil Nikah / Dokumen Pertalian
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
13

Maklumat tanggungan tidak lengkap
• Dokumen Pengenalan Tanggungan
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
14

Pendapatan kasar bulanan isi rumah di borang melebihi RM4,000
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
15

Pendapatan kasar bulanan di borang melebihi RM2,000

16

Pemohon tidak melepasi kelayakan umur memohon
• Dokumen Pengenalan
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
17

Permohonan lebih daripada satu kali
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
18

Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain
• Sijil Nikah / Dokumen Pertalian
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
19

Pemohon wujud sebagai tanggungan permohonan lain
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
20

Suami/Isteri telah membuat permohonan lain

21

Suami/Isteri wujud sebagai suami/isteri pemohon lain
• Sijil Nikah / Perceraian
22

Suami/isteri wujud sebagai tanggungan pemohon lain
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
23

Tanggungan telah membuat permohonan lain

24

Tanggungan wujud sebagai suami/isteri pemohon lain
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
25

Tanggungan wujud sebagai tanggungan pemohon lain

26

Percubaan memohon sebagai pasangan lebih daripada 4 kali

27

No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

28

Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data JPN

29

No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di PDRM
• Dokumen Pengenalan Pasangan / Tanggungan
30

Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data PDRM
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
31

No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di UGAT

32

Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data UGAT

33

Maklumat pasangan perlu pengesahan
• Dokumen Pengenalan Pasangan / Tanggungan
34

Maklumat tanggungan perlu pengesahan
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
35

Pasangan telah disenarai hitam
• Rujuk Kementerian Kewangan Malaysia (Mof)
36

Pasangan Meninggal Dunia
• Dokumen Pengenalan Pasangan


Permohonan aku tidak diluluskan dengan alasan Kod 07 iaitu Pemohon telah menerima baucar buku. Uhm!

Untuk anda yang sememangnya layak menerima tetapi tidak diluluskan boleh membuat permohonan rayuan dengan mengisi borang rayuan di sini - Download Borang Rayuan bagi pemohon gagal.

Kemudian hantar borang tersebut ke mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM bermula 1 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015.


2 Komentar untuk "BR1M 2015 Tidak Diluluskan"

kesian kat kawan yang dah berkahwin, tapi sambung belajar secara sambilan, dia dah dapat baucar buku maka tak layak terima brim... kesian dia... anak 3, sebab nilai br1m dengan baucar buku jauh beza.... dia bukan budak remaja bujang yang tengah belajar yang ditanggung ibu bapa, dia bapak budak...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info