Majlis Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar

Majlis pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar. Dikhabarkan hari ini Khamis, (19 Mac 2015) bakal berlangsungnya majlis pernikahan anak perempuan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Nooryana Najwa dan pasangan Daniyar Kessikbayev.

Pasangan ini telah pun melangsungkan pertunangan pada bulan Jun tahun 2011yang lalu di Seri Perdana, Putrajaya.

Majlis Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar

Majlis Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar

Majlis pernikahan ini dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana dan menurut jurucakap majlis tersebut, majlis akad nikah pasangan pengantin dilakukan sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Bagi majlis resepsi perkahwinan pasangan ini pula akan diadakan di Kuala Lumpur pada 28 Mac 2015 dan juga di Pekan, Pahang. Nooryana Najwa, 27, merupakan graduan School of Foreign Service Lepasan Georgetown University, Washington pada 2011 dan kini sedang berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta Venture Capital.

Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari Kazakhstan ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat.


Kekeliruan Nama Pengantin Lelaki

Mungkin ada sedikit keliru dengan nama tunangan anak perdana menteri iaitu Daniyar Nazarbayev dalam laporan terdahulu. Dan sekarang dalam kad jemputan mengenakan nama Daniyar Kesikkbayev.

Kesikkbayev itu merupakan bapa kandung kepada Daniyar, dan kemudian ibunya berpisah dan berkahwin dengan Nazarbayev iaitu abang kepada presiden Kazakhstan. Dan Daniyar mengunakan surname nama sebelah bapa tirinya.


0 Komentar untuk "Majlis Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info