Senarai Harga Tambah Nilai Selepas GST

Senarai Harga Tambah Nilai Selepas GSTTinggal dua jam saja lagi, perlaksanaan percukaian baru GST yang mengantikan SST bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

Uhm! di facebook pun, masing-masing dah mengira jam, seumpama menyambut lebaran pula aku rasa.. Padahal kita sedang sambut hari kenaikan harga barangan...Hurm

Hah! kalau sebelum anda ada terbaca - Topup Maxis dikenakan GST kan? Kali ini Altel pula mengeluarkan kenyataan menerusi laman facebook tentang harga terkini tambah nilai selepas GST.

Huh! penangan GST, semua naikkan.. Apa yang turun ye?

Senarai Harga Tambah Nilai Altel Selepas GST

Senarai Harga Tambah Nilai Selepas GST

Kadar terbaru tambah nilai ini adalah selepas tambahan 6% bagi setiap nilai tambah nilai anda. Contohnya jika anda membeli top up RM5 ditambah dengan 6% maka jumlahnya adalah RM5.30. Manakala jika anda membeli RM100 maka kadar terbaru adalah RM106.00.

Bukan itu saja, mengikut peraturan 5sen oleh Bank Negara Malaysia, ianya perlu dibundarkan kepada 10sen. Ini menjadikan tambah nilai RM3.18 kepada RM3.20... Apa la sangat 2sen kan?

Apa saja harga yang akan naik esok hari, anggap sajalah ia sebagai tanggungjawap anda, kita kan rakyat Malaysia yang akan memajukan negara, atau anggap sajalah sebagai sedekah untuk mereka yang memerlukan...



0 Komentar untuk "Senarai Harga Tambah Nilai Selepas GST"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info