12 Gambar Resepsi Perkahwinan Siti Elizad - Shamsul Baharin

5 Gambar  Resepsi Perkahwinan Siti Elizad - Shamsul BaharinGambar resepsi perkahwinan Siti Elizad dan Shamsul Baharin. Nama Kyra Kydia, satu watak yang dipegang oleh Siti Elizad dalam drama popular Teman lelaki upahan, telah menaikkan nama beliau dalam industri seni.

Ramai yang mahukan Kyra Lydia dan Ezwan Lufti bersatu itu hanyalah dalam lakonan, tapi hakikatnya Ijad atau nama sebenarnya Siti Elizad binti Mohd Sharifudin telah pun bernikah pada 11 Januari 2015 yang lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara tertutup.

Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan beliau dan suami, Shamsul Baharin di The Secred Garden, kampung pengantin Kuala Lumpur.

Jika diikut dari Siti Elizad sendiri, beliau mahu mendedahkan mengenai tarikh pernikahannya pada hari resepsi tersebut, namun dihidu dan dibongkarkan. 

12 Gambar  Resepsi Perkahwinan Siti Elizad - Shamsul Baharin

Berikut adalah beberapa gambar yang dikongsikan untuk peminatnya.


5 Gambar  Resepsi Perkahwinan Siti Elizad - Shamsul Baharin
5 Gambar  Resepsi Perkahwinan Siti Elizad - Shamsul Baharin
Selepas selesai majlis resepsi ini ramai yang bertanya ke mana Siti Elizad dan suami akan berbulan madu?jawapnya..

“Selepas bernikah saya menyatakan hasrat saya itu kepada suami dan dia berbesar hati untuk menunaikan hajat saya itu. Tambahan pula saya merancang untuk melaksanakan ibadat umrah untuk arwah ibu sekali,” kata Elizad yang masih mencari masa yang sesuai untuk pergi kerana dihimpit jadual ketat ketika ini

Tahniah diucapkan kepada Siti Elizad dan suami, semoga hubungan yang dibina ini kekal ke Jannah. Yang pasti ramai peminat beliau mendoakan yang terbaik untuknya.


Sumber - rotikaya

1 Komentar untuk "12 Gambar Resepsi Perkahwinan Siti Elizad - Shamsul Baharin"

Kesian EL hahaha. Eh tu dlm drama je..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info