Berbaloi Ke Jadi Blogger?

Masa aku mula kenali blog, tertanya-tanya juga aku pada mereka yang lama berjinak dalam dunia blogger, berbaloi ke jadi blogger? berjam-jam menghadap laptop, update pasal makan, pasal aktiviti korang setiap hari, seolah-olah tiada privasi untuk diri sendiri... semua benda nak cerita.

Bila aku hidupkan Bakul2011 ini, baru aku tahu menulis ini suatu keseronokan. Kepuasan datang bila kita lihat orang masuk dan baca blog kita, walaupun sekadar silent reader.

Paling best sekali ! aku berjaya hasilkan duit dari blog yang aku tulis hari-hari ini. Walaupun sedikit, lama-lama kumpul beranak-pinak la hasil income korang tu.

Bukan tu saja, aku juga dapat mengenali rakan-rakan baru yang lahir dari dunia blogger ini dan masih lagi kekal persahabatan kami sehingga sekarang. Mungkin satu masa nanti. akan kumpul bersama ke.. lepak.. makan-makan. Wah! best gitu..

Review Entri - Berbaloi Ke Jadi Blogger?

http://www.bakul2011.com/2012/03/contest-cinta-kotak-fibox.html


Entri lama aku masa tahun 2012.. permulaan aku berjinak-jinak dengan SEO. Nak bersaing siapa lebih hebat dalam contest seo antara kami bertujuh, maka terbitkan contest seo cinta kotak fibox ajuran Alan Emkey.

Alhamdulillah, sampai sekarang persahatan kami masih berjalan..

Kemudian aku berjinak-jinak pula dengan nuffnang. Kata orang nuffnang senang buat duit, walaupun ada segelintir cakap income nuffnang ni ciput jer, tak gempak langsung..

http://www.bakul2011.com/2015/03/cashout-nuffnang-rm-4k.html

Ini pula income yang berjaya aku cashout bulan Mac lepas.

Walaupun sikit, aku rasa berbaloi.. bukan payah nak promote iklan berbagai, atau kerahkan tenaga... Tapi hanya sekadar menulis, tup-tup dapat duit..  mudah jer kan?

Inilah berbaloinya aku menulis blog. Dan aku tak rasanya ianya satu keburukan, kecuali jika anda menulis benda yang fitnah. Memang buruk la jawapnya...

Selamat malam.
3 Komentar untuk "Berbaloi Ke Jadi Blogger?"

sokong kak . semoga terus berjaya lagi ye kak . tahniah2 :)

Dulu 1st buat blog macam2 hal peribadi dicanang dlm blog. Lepas tu umur da naik sket, mula pdam blog lama dan buat blog baru. Saje2 nak tulis masa tu....seronok juga sebenarnya tulis2 ni...haha

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info