Hantu Bungkus Ikat Tepi 2015 Full Movie

Hantu bungku ikat tepi bergenre "komedi seram" dengan menampilkan barisan pelakon seperti Nora Danish, Yus Jambu, Tauke Jambu, Abam bocey, Farid Kamil dan ramai lagi. Filem arahan Hashim Rejab telah pun ditayangkan mulai 9 April 2015. Terbitan Metrowealth

Filem hantu bungkus ikat tepi ini mengisahkan tiga sahabat baik iaitu Fuad (Tauke),  Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) yang terjumpa mayat yang berlumuran darah terbaring di atas jalan semasa menaiki kereta pada malam hari. Mereka yang panik telah memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cap jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu.

Baca sini -  Peringkat Ketiga : Review & Like Fan Page My Beauty Herbs

Hantu Bungkus Ikat Tepi 2015 Full Movie

Hantu Bungkus Ikat Tepi 2015 Full Movie

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk membungkus dan menanam mayat tersebut dengan ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam apabila polis menemuinya nanti. Walau bagaimanapun selepas kejadian tersebut, perkara yang tidak baik berlaku kepada mereka apabila dihantui oleh roh yang mahu jasadnya disempurnakan. Mereka terpaksa meminta bantuan Mimie  (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut dengan harapan roh tersebut tidak lagi mengganggu mereka. Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat  yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi.

Video Hantu Bungkus Ikat Tepi 2015 Full Movie


Untuk tontonan lanjut. Rujuk sini - Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi Full Movie


5 Komentar untuk "Hantu Bungkus Ikat Tepi 2015 Full Movie"

iklan nuffnang bertindih jugak , huhuu . kenape erk kak

Bukan ja betindih, iklan pun x keluar langsung kat blog aku .. dok naik kaler biru tu ja ..pelik betoiii

ntah-ntah betul apa kena godam?

itu kena tanya mereka yang keluarkan video nie :)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info