Pelakon Hantu Kak Limah Meninggal Dunia

Pelakon Hantu Kak Limah Meninggal DuniaPelakon Hantu Kak Limah meninggal dunia. Seorang pelakon filem hantu kak limah balik rumah yang sangat terkenal dengan tagline "Sabo Je Lah", Azwan Annuar meninggal dunia pagi tadi. Berita ini dikhabarkan oleh wartawan melodi Zuan Azmi menerusi laman Instagram miliknya.

Azwan Annuar yang memegang watak pembantu sebagai Kaswi yang paling menyerlah dan terhibur dengan lakonannya dalam filem tersebut kembali ke Rahmahtullah pada jam 10.15 pagi tadi selepas diserang sakit jantung.

"Blackmetal tu tak salah pak abu. Yang salahnya orang yg kata blackmetal tu salah. Sabo jelah.” - Azwan Annuar.


Azwan Annuar Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Pelakon Hantu Kak Limah Meninggal Dunia

Jenazah beliau dikebumikan di masjid Al-Faizin, Kuala Lumpur selepas waktu Zohor siang tadi. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un..

Sesungguhnya lakonan beliau dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sentiasa segar di ingatan kami. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.

Sumber : OhMedia

0 Komentar untuk "Pelakon Hantu Kak Limah Meninggal Dunia"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info