Profil Ringkas Syarul Ridzwan - Hati Perempuan

Watak Tengku Zaril membuatkan Syarul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Bin Hashim mula dikenali ramai.

Jika masih ingat, beliau pernah memegang watak utama sebagai Romi dalam drama Romi Cinta Julia tahun 2014 yang lepas, kemudian kembali lagi membawa watak seorang jejaka tampan yang sombong dan tegas dalam drama terbaru Akasia - Hati Perempuan.

Kerjayanya sebagai seorang artis bermula selepas berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Hero Remaja tahun 2012, dibelakang Fattah Amin dan Syafiq Kyle.Kemudian beliau diambil untuk menjayakan beberapa drama seperti Hujan, Love You Mr. Arrogant, Tanah Kubur, Fajar Aiman, Kisah Cinta dan banyak lagi.

5 Koleksi Gambar Syarul Ridzwan 

Sedikit profil mengenai latar belakang Syarul Ridzwan, beliau berasal dari Kelantan tetapi dilahirkan di Pahang pada 24 Januari 1989, bermakna sekarang beliau berumur 26 tahun (2015). Beliau merupakan graduan dari Universiti Sains Multimedia dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa, bekas pelajar Kolej TAFE Seremban jurusan Penyelenggaraan Aircraft. 

Profil Ringkas Syarul Ridzwan - Hati Perempuan
Profil Ringkas Syarul Ridzwan - Hati PerempuanProfil Ringkas Syarul Ridzwan - Hati Perempuan
Profil Ringkas Syarul Ridzwan - Hati Perempuan
Profil Ringkas Syarul Ridzwan - Hati Perempuan

0 Komentar untuk "Profil Ringkas Syarul Ridzwan - Hati Perempuan"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info