Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra

Puteri bukan nama sebenarnya adalah drama terbaru yang mengantikan drama Cinta Ilahi sebelum ini. Menampilkan barisan pelakon baru seperti Syarul Ridzwan, Cristina Suzzane Stockstill, Faralyna Idris, Hafeez Mikhail dan ramai lagi.

Merupakan sebuah drama arahan Azma Aizal Yusoof yang juga pengarah bagi drama popular - Teman Lelaki Upahan juga drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Saksikan drama 13 episode yang mulai pada 27 Mac 2015, setiap Jumaat jam 9.00 malam di Slot Zehra TV3.

Sinopsis Puteri Bukan Nama Sebenar

Drama ini mengisahkan Laila seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang bayi lelaki bernama Adam. Berpendidikan rendah tetapi terang hati dan suka belajar. Seorang yang tidak pandai bergaya dan mudah terlepas cakap sebelum berfikir.

Laila anak yatim terkontang-kanting menyara kehidupannya tanpa bantuan suami. Akibat tidak dapat membayar sewa rumah, Laila membuat keputusan untuk keluar dari rumah itu.

Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra

Laila berkenalan dengan Puteri (Effi Abdul Rahim) insan yang baik hati memberikannya tiket. Ketika itu, Puteri dalam keadaan sarat mengandung ingin menuju ke destinasi rumah mertuanya. Puteri baru sahaja kematian suami. Amanat terakhir suaminya menyuruh Puteri untuk datang berjumpa dengan ibunya. Dek kerana itu, Puteri bersusah payah menunaikan amanat suaminya, Mikail (Hafeez Mikail).

Siapa sangka di dalam bas itu merupakan pertemuan terakhir mereka. Bas yang mereka naiki hampir terbabas. Puteri mengalami hentakan lalu segera dikejarkan ke hospital. Doktor mengesahkan Puteri dan bayinya meninggal dunia. Segala barang Puteri diserahkan kepada Laila.

Laila termanggu seketika. Segera dicapainya dompet arwah Puteri dan melihat alamat tertera di situ. Laila membuat keputusan untuk menyerahkan barangan tersebut ke rumah ibu mertua Puteri.

Setibanya Laila dan anaknya di rumah besar tersergam indah itu, Laila terpegun melihat kemewahan rumah itu. Datin Zarina (Aida Khalida) dengan wajah serius menyapa Laila. Laila gugup seketika. Alisha (Faralyna Idris) tersenyum sinis melihat gaya Laila yang ala kekampungan. Ditambah lagi dengan kehadiran seorang jejaka bermulut celupar Mirza (Syarul Ridzwan). Sakit hati Laila dibuatnya!

Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra

Siapa sangka di rumah agam itu, status Laila bakal berubah! Dirinya bukan lagi bernama Laila tetapi Puteri!! Puteri a.k.a Laila bakal mencipta sejarah di rumah itu. Pertembungannya dengan Mirza seperti anjing dengan kucing. Asyik bercakaran! Saksikan segalanya menerusi drama TV3 Puteri Bukan Nama Sebenar di kaca tv anda.

Selamat Menonton.

1 Komentar untuk "Puteri Bukan Nama Sebenar Slot Zehra"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info