Rumah PPR Dan PPA KL Terima Wifi Percuma

Rumah PPR dan PPA KL terima wifi percuma. Bermula tahun ini, kira-kira 44 buah projek perumahan rakyat (PPR) dan projek perumahan awam (PPA) di sekitar Kuala Lumpur bakal menerima perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (Wifi) di setiap kawasan perumahan mereka.

Dipetik dari Utusan online, ianya adalah usaha kerajaan untuk membantu memperluaskan penggunaan internet bagi meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka.

Jadi anda yang tinggal berdekatan dengan kawasan perumahan PPR dan PPA, atau ada rakan yang tinggal disitu, bolehlah menikmati internet percuma ni kan.

Wifi Percuma Penduduk PPR dan PPA

Rumah PPR Dan PPA KL Terima Wifi Percuma

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, ini adalah inisiatif bagi melonjakkan WIlayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai "Bandar Bertaraf Dunia" tetapi kemudahan wajib disediakan oleh mana-mana kerajaan kepada rakyatnya.

Sambungnya lagi, walaupun kita terdedah dengan pelbagai risiko terhadap kesan penggunaan internet, tetapi ianya wajib disediakan oleh pemerintah.


2 Komentar untuk "Rumah PPR Dan PPA KL Terima Wifi Percuma"

waaa.bolehlah org PPR n PPA KL blogging sampai lebam lepas ni

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/cara-bagi-kucing-makan-di-kedai-makan.html

haha dah semestinya laaa tu....

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info