Senarai Harga Lesen Memandu Selepas GST

Senarai harga lesen memandu selepas GST. Berikut saya kongsikan info terkini berkenaan pembaharuan lesen memandu bagi semua kategori.

Harga terbaru ini dikuatkuasakan bermula 1 April 2015 dan harga masih kekal seperti sebelumnya. Ini kerana lesen memandu JPJ ( Jabatan Pengangkutan Jalan) tidak dikenakan sebarangan GST, termasuk juga cukai jalan (roadtax).

Namun begitu, GST akan dikenakan di mana-mana institut memandu yang memberikan servis dan perkhidmatan pemanduan kepada mereka yang baru belajar memandu.

Senarai Kadar Harga Lesen Memandu Selepas GST

Senarai Harga Lesen Memandu Selepas GST

Berikut adalah kadar bayaran untuk renew lesen memandu selepas GST oleh kerajaan. Kadar ini dirujuk daripada portal rasmi - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Kadar Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu Selepas GST

JENIS LESEN KADAR BAYARAN (RM) TEMPOH
LESEN L (BARU) LDL

Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu) 2.00 3 bulan
Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu) 4.00 6 bulan
Kelas B (penuh) 20.00  3 bulan
Kelas B (penuh) 40.00 6 bulan
Kelas D dan lain-lain 30.00 3 bulan
Kelas D dan lain-lain 60.00 6 bulan
LESEN PERCUBAAN (PDL)

Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu) 2.00 2 tahun
Kelas B (penuh) 40.00 2 tahun
Kelas D dan lain-lain kelas 60.00 2 tahun
LESEN MEMANDU KOMPETEN(CDL)

Kelas B2 (tunggal) 20.00 1 tahun
Kelas B (penuh) 20.00 1 tahun
Kelas D dan lain-lain kelas 30.00 1 tahun
Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL) 20.00 1 tahun
Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) 20.00 1 tahun
Permohonan Maklumat Lesen Memandu 10.00
Lesen Memandu Antarabangsa (IDP) 150.00 1 tahun
SALINAN LESEN MEMANDU

Lesen LDL 20.00
Lesen Percubaan (PDL) 20.00
Lesen Memandu Malaysia (CDL) 20.00
Lesen GDL/PSV 5.00
Gantian Lesen Memandu (LDL/PDL/CDL)
(untuk kes ragut sahaja)

Harga Lesen Memandu Kekal

Anda juga diingatkan agar tidak tertipu dengan mana-mana syarikat yang mengenakan perubahan harga bagi tujuan renew(pembaharuan) lesen memandu.

0 Komentar untuk "Senarai Harga Lesen Memandu Selepas GST"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info