Tonton Online Cicakman 3

Entri sebelum ini aku ada berkongsi cpuv campaign "Cicakman 3 premier" kan? Sila baca...Baru beberapa hari tayangan, filem ini berjaya memperolehi keuntungan yang besar, syabas buat pengarah dan penerbit filem cicakman 3 ini.

Siri filem cicakman kali ini dilakonkan oleh Zizan Razak mengantikan Saiful Apek pada siri filem Cicakman 1 dan 2 sebelum ini. Zizan bergandingan dengan Lisa Surihani dibantu oleh pelakon lain seperti Fizz Fairuz daN Rykal.

Review Filem Cicakman 3

Tonton Online Cicakman 3

Mengisahkan man (zizan) seorang suami yang terlalu taksud dengan cicakman yang telah meninggalkan Metrofulus. Man mempunyai isteri (lisa) dan seorang anak lelaki bernama Boboy (Rykal). Dirinya yang tidak matang dalam hal rumah tangga menyebabkan Linda mengambil keputusan untuk menuntut cerai.

Masalah rumah tangganya ditambah pula dengan kehadiran Inspektor Adam (Fizz Fairuz) yang juga merupakan rakan sekolahnya yang cuba merampas Linda.

Kehidupan Man berubah apabila dia menjumpai minyak serum milik Cicakman yang mampu memberi kuasa luar biasa kepadanya. Dia yang kembali bersemangat dengan kuasa yang dimiliki itu begitu teruja untuk menjadi superhero.

Walau bagaimanapun, kehadiran Man tidak lagi bermakna di Metrofulus kerana munculnya hero baru iaitu Super-Bro lakonan Yus Jambu.

FILEM : CICAKMAN 3
Tarikh Tayangan : 12 Mac 2015
Genre : Aksi, Komedi
Pengarah : Yusry Abdul Halim, Ghaz Abu Bakar
Pelakon : Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Rykal
Penerbit : KRU, Grand Brilliance, Astro Shaw
OST / Lagu  Tema : Adiwira nyanyian KRU & Zizan

Tonton Online - Filem Cicakman 3




0 Komentar untuk "Tonton Online Cicakman 3 "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info