1439 Entri Blogspot Diterbitkan

1439 entri blogspot diterbitkan. Pejam celik... sekejap saja masa berlalu. Tanpa diduga blog ini sudah pun beroperasi selama empat tahun, bermulanya penerbitan pada penghujung bulan november 2011 sehingga 2015. Dalam tempoh tersebut, pelbagai ilmu blogging aku miliki dan aku kongsikan dalam blog ini untuk panduan blogger baru nanti.

Sejak penglibatan aku dalam arena blogging ini, aku berjaya menulis 1439 entri blogspot diterbitkan, 2125 follower dan 5358 komen dan 2,541,201 pageview. Ini adalah jumlah yang sangat kecil berbanding blogger Malaysia lain yang berblogging selama empat tahun. Disebabkan masa itu aku adalah seorang pelajar, terpaksalah membahagikan masa dengan baik antara pembelajaran dan berblogging. Tapi ini bukannya alasan untuk aku berhenti menulis blog.

1439 Entri Blogspot Diterbitkan

1439 Entri Blogspot Diterbitkan

Pada awal penulisan blog, aku langsung tidak mengambil peduli tentang trafik, rank, SEO atau apa saja panduan yang menaikkan blog. Yang aku tahu, tulis blog syok sendiri. Aku tulis, then puas hati terus publish, tanpa memikirkan siapa yang bakal baca entri ini. Seolah-olah aku mengibaratkan blog ini sebagai invisible dairy untuk aku berkongsi cerita.

Sehinggalah aku mula berkenalan dan mengenali ramai blogger hebat. Sekit sebanyak aku belajar dari mereka. Akhirnya blog yang kucar kacir beralih kepada blog yang berjaya mendatangkan keuntungan dan menyampaikan ilmu kepada orang lain.

1439 Entri Blogspot Diterbitkan


Mungkin pada awalnya, blog dibayangkan sebagai sebuah diary menceritakan perjalanan hidup penulis. Tapi jika kita berusaha dan belajar dari kosong, mungkin dari blog kita berjaya hasilkan income sampingan... Siapa tahu kan?

Berbagai cara kita mengisi masa lapang. Setiap orang lain caranya, dan yang penting ada minat dan tidak putus asa. InsyaAllah berjaya.

Terima kasih membaca - 1439 Entri Blogspot Diterbitkan

6 Komentar untuk "1439 Entri Blogspot Diterbitkan"

wahhh thniah ! dah bnyak bercelotehh ehh ? huhuhuh

Alhamdulillah, keep on moving dear...

wahhh banyak tu kak . rajin . .

Sya dah dua tahun tapi 316 je post....gile sikit.

sama laaa....org lain kalau 4 tahun dh beribu post...sy 2ribu pn smpai... tahun nie je rajin update...taun lpas study

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info