23 Gambar Proses Kejadian Manusia Yang Menakjubkan!

23 gambar proses kejadian manusia ini adalah hasil usaha seorang jurugambar daripada Sweeden bernama Lennart Nilsson yang menghabiskan masa selama 12 tahun untuk mengambil gambar kejadian manusia. Daripada proses kemasukan sperma sehinggalah lahirkan manusia ke dunia. Sungguh menakjubkan.

Mungkin sebelum ini, ibu-ibu hanya merasai kehadiran bayi dalam kandungan selama 9 bulan, tapi tidak pernah melihat sendiri bagaimana perkembangan atau pembentukan bayi dari hari ke hari sebelum lengkap segala sifat dan lahir ke dunia. SubhanaAllah, betapa besarnya kebesaran yang Maha Esa menciptakan makhluk dengan sempurna ini.

23 Gambar Proses Kejadian Manusia

Gambar-gambar luar biasa ini diambil menggunakan kamera konvensional berserta kanta makro, sebuah endoskop dan pengimbas elektron mikroskop. Foto pertama janin manusia ini telah diambil pada tahun 1965.

23 Gambar Proses Kejadian Manusia Yang Menakjubkan!
1. Foto pertama menunjukkan sperma berada di saluran tiup fallopia.
2. Tengah berdating.
3. Inilah tiup fallopia pada jarak lebih dekat.
4. Sperma mulai bersaing hebat untuk memasuki telur. Siapa sampai dulu dialah berjaya.

23 Gambar Proses Kejadian Manusia Yang Menakjubkan!
5. Nampaknya sperma ini adalah juara. Berjaya memasuki telur.
6. Meraikan detik kejayaan satu perjuangan. Seorang manusia bakal dijadikan.
7. Hari ke-8, selepas persenyawaan. Embrio melekat pada dinding uterus.
8. Bahagian otak manusia mulai terbentuk pada embrio (janin).

23 Gambar Proses Kejadian Manusia Yang Menakjubkan!
 9.  24 hari selepas persenyawaan. Janin mula membentuk, tetapi masih belum memiliki tengkorak.
      Degupan jantung pun mula berdetik pada hari ke 18.
10. Pada usia 4 minggu.
11. Janin ketika berusia 5 minggu. Ia kini bersaiz sekitar 9mm. Perhatikan lubang-lubang itu. Ia adalah
      pembentukan mata, hidung dan juga mulut.
12. Hari ke 40. Sel embrio membentuk plasenta. Organ ini menghubungkan embrio pada dinding rahim dan
      membenarkan pengambilan nutrien, penyingkiran sisa buangan dan pertukaran gas melalui bekalan
      darah ibu.

23 Gambar Proses Kejadian Manusia Yang Menakjubkan!
13. Minggu ke 8. Janin sedang giat berkembang dilindungi dalam kantung rahim.
14. Pada usia 16 minggu. Janin menggunakan tangannya untuk meneroka badannya sendiri.
15. Dan meneroka persekitarannya.
16. Rangka yang terbentuk terdiri daripada tulang rawan yang fleksible. Rangkaian saluran darah
      boleh dilihat melalui kulit janin yang nipis.

23 Gambar Proses Kejadian Manusia Yang Menakjubkan!
17. Minggu ke 18. Saiz janin kini sekitar 14cm. Kini ia sudah boleh mendengar bunyi dari dunia luar.
18. Minggu ke 19.
19. Minggu ke 20. Kini saiz janin membesar ke sekitar 20cm. Rambut berbulu yang dikenali sebagai lanugo
      mula meliputi kepala.
20. Ini janin ketika berusia 24 minggu.

23 Gambar Proses Kejadian Manusia Yang Menakjubkan!
21. Ini pula pada minggu ke 26.
22. Kini sudah berusia 6 bulan. Bayi kecil ini sudah mulai bersedia untuk melihat dunia. Kini ia berpusing di
      kedudukan kepada di bawah dan kaki ke atas agar ibunya boleh melalui proses kelahiran
      yang lebih mudah.
23. Minggu ke 36. Bayi ini bakal melihat dunia dalam masa 4 minggu saja lagi.

Allahu Akhabar! betapa indahnya ciptaan Allah menjadi seorang manusia hanya dari setitis air mani. Tapi mengapa masih ada lagi yang bertindak kejam dan zalim, membunuh, memotong dan membakar insan yang belum lagi mengenali dunia ini. Renung-renungkan dan selamat beramal...

Terima kasih kerana membaca - 23 gambar proses kejadian manusia yang menakjubkan!

sumber :thevocket.com

0 Komentar untuk "23 Gambar Proses Kejadian Manusia Yang Menakjubkan!"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info