Alexa Rank Mei 2015 Untuk Blog Peribadi

Alexa rank mei 2015 untuk blog peribadi. Rasanya ramai yang sudah tahu apa itu Alexa rank. Tapi, aku terangkan juga sedikit. Alexa merupakan alat pengukur capaian blog berdasarkan jumlah trafik dan pengunjung setiap hari. Formulanya sangat mudah, makin kecil alexa rank bermakna makin bagus pencapaian sesebuah website atau blog itu.

Turun naik kedudukan blog dalam ranking alexa, itu sudah lumrah. Bukan senang untuk mendapatkan nilai paling kecil, apatah lagi untuk bersaing dengan ratusan ribu website atau blog yang popular dan tumpuan trafik. Sebelum ini, blog aku pernah berada di ranking Alexa (Malaysia) atas 4 ribu manakala di global pula jangan tanya laa. Memang besarla nilainya.

Alexa Rank Mei 2015 Untuk Blog Peribadi

Semenjak awal bulan April 2015. Aku lihat prestasi blog peribadi ini semakin baik. Kedudukan ranking alexa yang tinggi sebelum ini, menunjukkan penurunan dan ada masa juga kekal pada tahap tersebut iaitu bawah 4,000 (rank in Malaysia).

Alexa Rank Mei 2015 Untuk Blog Peribadi
Alhamdulillah. Terasa bangga kejap ....dengan usaha sendiri. Walaupun masih belum mencapai kedudukan bawah 1K (rank ini Malaysia). Sudah memadai dengan komitmen terhadap blog adakala update dan juga terabai. Teknik berkesan untuk menurukan kedudukan ranking alexa ini adalah - Pemasangan widget Alexa.

Kemudian, baru fokuskan kepada kemaskini blog, trafik, dan sebagainya. Oh ya! sebelum ini aku ada juga kongsikan panduan berkaitan - blog lulus ujian mobile friendly test. Hah... ini juga adalah satu langkah terbaik untuk menjana trafik blog anda.
Alexa Rank Mei 2015 Untuk Blog Peribadi
Peratusan bounce rate pun, sudah mencapai tahap yang memuaskan bawah 50%. Apa panduannya? rujuk entri 5 rahsia rendahkan kadar bounce rate ini.

Tapi jangan terlalu gembira dan prestasi sekarang. Kerana kedudukan ini akan berubah-ubah. Apa yang penting teruskan semangat blogging dan jangan sesekali berputus asa. Bila kita usaha, pasti akan membuahkan hasilnya. Cepat atau lambat itu hanyalah ukuran.

InsyaAllah, aku akan teruskan berkongsi selagi masih bernyawa. Mungkin adakala tidak berupdate, barangkali sedang sibuk dengan urusan kerja.

Terima kasih membaca - Alexa rank mei 2015 untuk blog peribadi


5 Komentar untuk "Alexa Rank Mei 2015 Untuk Blog Peribadi"

wahhh.. dasyat nehh, pasni boleh la kami semua panggil sifu kat owner blog neh..hoho, terbaikk

Kipidap...teruskan usaha....

dah tahap otai ni

http://kucenmaster.blogspot.com/

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info