Bayi Diikat Dan Makan Seperti Anjing

Bayi diikat dan makan seperti anjing. MasyaAllah. Tergamak seorang ibu memperlakukan darah dagingnya sendiri tak tumpah seperti anjing. Mana tidaknya. Seorang bayi diikat di bahagian leher dan kemudiannya makan makanan yang mirip seperti makanan anjing dari dalam bekas makanan.

Kejadian ini berlaku di Manila, dan mendapat kecaman daripada warga Filipina selepas beberapa gambar dimuatnaik ke media sosial facebook.

Bayi Diikat Dan Makan Seperti Anjing

Bayi Diikat Dan Makan Seperti Anjing

Difahamkan, gambar-gambar itu dimuatnaik oleh ibunya sendiri. Tidak lama kemudian, dia menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dikecam bertalu-talu di media sosial.

Menurut Ketua Jabatan Sosial dan Kebajikan Bataan Filipina, Marilyn Tigas berkata, perkara tersebut dianggap sebagai bahan lawak oleh ibunya. Apakah, mereka fikir perkara sedemikian orang ramai tidak ambil peduli? Ini adalah kes penderaan kanak-kanak dan suspek boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak.

Pekerja sosial, Corazon Juliano-Soliman pula beranggapan kejadian tersebut ‘suatu lawak yang teruk’.
“Kanak-kanak tersebut tak tahu ianya dijadikan bahan jenaka. Pelaku patut dihukum,” katanya.
Sementara itu, seorang aktivis, Lurleen Hilliard memberitahu kejadian tersebut menaikkan kemarahan orang ramai.

“Jika kita toleransi terhadap perkara sebegini, ibu bapa akan terus memuat naik foto-foto yang tidak sesuai dan orang ramai akan berkata “Oh, ianya tidak mengapa,” jelas Lurleen. Bayi tersebut diletakkan di bawah jagaan oleh jabatan sosial untuk sementara waktu.

Sumber:Webpautan

2 Komentar untuk "Bayi Diikat Dan Makan Seperti Anjing"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info