Biodata Penuh Nadzmi Adhwa Nor Adzmi

Biodata Penuh Nazmi Adhwa Nor Adzmi Biodata penuh Nadzmi Adhwa. Angah atau Tengku Zaqif adalah satu watak yang berjaya menaikkan nama pelakon muda ini dalam dunia seni. Sebelum ini Nazmi Adhwa Nor Azdmi pernah berlakon dalam beberapa drama dan telefilem seperti Tol Gate Asmara, Langit Cinta, Jalan Taubat dan banyak lagi, tetapi dalam drama Hati Perempuan slot Akasia, Nazmi Adhwa berjaya membawa wataknya sebagai angah pewaris kedua Paradigma, dengan baik.

Baca juga - Koleksi Puzzle Bergambar

Nadzmi Adhwa juga merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dan Multimedia di UITM Shah Alam. Nampak bulan bukan calang-calang pelakon kan, dalam masa yang sama mereka tidak mengabaikan pendidikan. Dia juga lebih selesa dengan penampilan rambut kerintingnya dalam setiap lakonan. Haha... adakah itu faktor utama ramai yang terpikat dan tertarik dengan Nadzmi?

Koleksi Gambar Nadzmi Adhwa Nor Azdmi



Bagi belum tahu, beliau baru saja berusia 23 tahun (2015) iaitu pada 6 November 1992, serta merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur. Dalam reality pun beliau sememangnya "abang ngah" dalam kepada dua adik lelaki dan mempunyai seorang abang(sulung). Semuanya hero? Huh...

Anda juga boleh ikuti perkembangan Nadzmi Adhwa menerusi laman Instagram - https://instagram.com/nadzmiadhwa/ dan juga Twitter - https://twitter.com/nadzmiadhwa.

Psttt... nak buat rambut kerintingtingting juga la..hehe.


0 Komentar untuk "Biodata Penuh Nadzmi Adhwa Nor Adzmi "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info