Biodata Ringkas Adi Putra

Biodata Ringkas Adi PutraBiodata ringkas Adi Putra. Nama Adi Putra sudah tidak asing lagi di kalangan artis tempatan walaupun beliau merupakan anak kelahiran Singapura seperti mana pelakon popular Aaron Aziz yang berjaya menempah nama di Malaysia.

Setiap watak lakonan yang diberikan kepada beliau, berjaya memikat hati penonton seperti drama Zahira, Aku terima nikahnya serta yang terbaru filem Suami aku ustaz bergandingan dengan pelakon popular Nora Danish.

Baca juga - Biodata penuh Zul Ariffin

Latar Belakang Pelakon Hebat Adi Putra

Nama sebenarnya ialah Mohamed Hadi Putera Halim atau lebih mesra dikenali sebagai Adi Putra berasal dari Singapura dan dilahir pada tanggal 26 Februari 1981 (34 tahun). Perjalanan karier Adi bermula di Singapura sebagai seorang model, pelakon dan juga pengacara di Suria TV Mediacorp.

Pertama kali berlakon, beliau pernah dikenali sebagai Hadi Putera dan lama kelamaan beliau lebih mudah disapa sebagai Adi Putra.

Merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik dan berkelulusan diploma dari Institusi Pendidikan Teknikal Singapura dalam bidang kejuruteraan penerbangan.

Biodata Ringkas Adi Putra

Adi Putra yang kini tinggal di Kuala Lumpur, pernah memegang watak peguam kepada Shah Rukh Khan dalam filem Don 2.

Antara drama dan filem yang pernah dilakonkan beliau adalah Haryati 2, Aku Cinta Padamu, Kelahiran Teristimewa, Akukah Tanggang?, Mat Jenin, Mya Zara, Kala Hati, Salam Terakhir, nak Halal (2007), Akhirat (2008), Histeria (2009), Hanyut (2010) , KL Gangster 1 dan 2, Don2, Aku Terima Nikahnya, Ngorat, Langgar, Isyarat Cinta

Untuk melihat perkembanga Adi Putra, sila rujuk - Instagram @adp_adiputra

Selamat membaca..


0 Komentar untuk "Biodata Ringkas Adi Putra"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info