Charlie Charlie Challenge Jadi Viral

Charlie charlie challenge jadi viral. Sejak semalam. Satu permainan kanak-kanak di London menjadi viral di laman sosial. Selepas dikatakan permainan itu boleh menghubungkan kita dengan dunia ghaib dan bercakap dengan roh.

Cara permainannya sangat mudah, yang mana memerlukan dua batang pensel yang diletakkan secara silang. Kemudian letakkan pula di atas sekeping kertas yang bertulis "Ya" dan "Tidak". Errr... Walaupun bunyi macam menyeramkan iaitu memanggil roh. Tapi permainan ini menjadi kegilaan kanak-kanak di barat. Sejauh mana kebenaran cabaran charlie charlie ni?

Charlie Charlie Challenge Jadi Viral

Cabaran panggil roh charlie charlie

Seakan Permainan Spirit Of The Coin

Boleh dilihat seakan permainan di atas papan Ouija atau dipanggil "spirit of the coin". Yang mana pemainnya akan menyeru nama roh dan mengerakkan "coin" ke atas huruf-huruf tertentu.

Sedikit perbezaan dengan Charlie Charlie Challenge. Pemain perlu memanggil nama "Charlie... Charlie boleh kita main?" Sebanyak dua kali menyeruh roh tersebut.

Errr.... tak lama kemudian. Pensil itu bergerak ke arah "Ya", menandakan pemain sedang berinteraksi dengan roh. Maka pemain boleh mengajukan seberapa soalan seterusnya. Begitu juga untuk menamatkan pemainan.

Syarat tambahan. Jika pemain tidak mahu roh itu menganggu maka pemain harus menjatuhkan  pensel ke lantai selepas permainan tamat. Bermakna roh kembali ke tempat asal mereka.

Video Charlie Charlie Challenge Viral




Terima kasih kerana membaca - Charlie Charlie Challenge Jadi Viral


1 Komentar untuk "Charlie Charlie Challenge Jadi Viral"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info