Kapal Korek Karam 14 Hilang, Seorang Selamat

Sebuah kapal korek yang membawa muatan pasir dari Teluk Ramunia Pengerang Johor, didapati karam. Menurut agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM), ianya berpunca daripada dipukul ombak yang kuat menyebabkannya terbalik pada kedudukan 8.6 batu nautika di timur Tanjung Punggal. Katanya lagi, daripada laporan yang dibuat, seramai 14 kru kapal masih hilang dan seorang berjaya diselamatkan.

Kapal Korek Karam 14 Hilang, Seorang Selamat

Kapal Korek Karam 14 Hilang, Seorang Selamat

Usaha mencari dan menyelamat kesemua masih dijalankan dengan menghantar sebuah kapal dan tiga bot ke lokasi kejadian bersama agensi Pasukan gerakan Marin selepas mendapat aduan dari Johor Port. Kesemua 15 kru kapal korek terbabit seorang daripadanya adalah rakyat tempatan dan yang lain warga China

Misi SAR kini giat dijalankan di sekitar lokasi kejadian dengan bantuan pesawat udara APMM bagi mencari kesemua mangsa yang terjatuh ke dalam laut berdekatan.

Kapal Korek Karam 14 Hilang, Seorang Selamat

Kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 pagi hari ini, itu melibatkan sebuah kapal korek  Ocean Line 208 berdaftar di Bolivia.

Seorang daripadanya berjaya diselamatkan oleh kapal yang secara kebetulan melalui kawasan itu, manakala 14 lagi kru masih belum dijumpai.

 Terima kasih membaca - Kapal Korek Karam 14 Hilang, Seorang Selamat

Sumber - Bernama

0 Komentar untuk "Kapal Korek Karam 14 Hilang, Seorang Selamat"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info