Masih Relevan Ke Letak Lagu Dalam Blog

Masih relevan ke letak lagu dalam blog. Tak dinafikan. Awal pembikinan blog semuanya mahu cantik, berwarna warni, variasi widget ada juga yang masukan blink-blink untuk menambahkan seri template. Hehe..  Sedangnya semua itu bukanlah memberi keserian pada blog tetapi mengurangkan minat pengunjung untuk menglik blog kita. Itulah yang aku belajar sebelum ini.

Apa sebenarnya tujuan meletakkan lagu dalam sesebuah blog? Ini antara isu yang sering dibangkitkan oleh blogger sejak dulu lagi. Dan ini pula antara beberapa mitos, adanya lagu dalam blog;
  1. Blog menjadi ceria
  2. Pembaca tidak akan bosan ketika membaca entri
  3. Dapat melayan lagu sambil membaca
  4. Menambah minat blogwalking
  5. Nampak sesuatu yang sweet kot. errrr....
Masih Relevan Ke Letak Lagu Dalam Blog

Masih relevan ke letak lagu dalam blog

Sekarang, aku lihat kebanyakkan blogger baru sudah bijak untuk mengendalikan blog mereka dengan baik. Tiada lagi widget-widget yang serabuk, warna template yang pelbagai. Malah lagu dalam blog pun bersih dikemaskini. Barangkali, mereka sedang berlumba-lumba untuk mempratikkan ilmu seo dalam blog. Hurmm...

Apa kepentingan blog seo? Entri - buat duit dengan blog akan menjawap persoalan anda itu. Aku tidak akan mengupas lagi soalan tersebut, kerna anda sendiri boleh search kata kunci dalam blog ini.

Okep. Berbalik pada tajuk, sebab lagu tidak lagi relevan dipasang dalam blog. Ini sebabnya;
  1. Loading blog bertambah berat
  2. Pengunjung masuk dan keluar begitu saja
  3. Menaikkan peratus bounce rate blog anda. ( Lebih 50%, tidak kualiti)
  4. Menganggu konsentrasi pembaca.
  5. Mengurangkan trafik blog harian
Lagi banyak lagu dimasukkan, lagi bertambah berat loading blog anda. Dan ini akan memberi kesan pada bilangan pengunjung harian blog. Jika 'feel' yang anda cari, teruskan saja...

Terima kasih kerana membaca - Masih relevan ke letak lagu dalam blog
9 Komentar untuk "Masih Relevan Ke Letak Lagu Dalam Blog"

dulu jer masa-masa mula-mula blogging letak lagu dalam blog, lama-lama rasa macam semak pula dan rasa macam terganggu pula bila nak membaca.... makanya memang decide tak akan letak lagu di dalam blog lagi, lagipun ianya memberatkan blog...

kalau kna time ok la . kalau kita pon duk tengah bukak lagu , sampai ke blog dia pon ada lagu . tak ke semacam je rasa . huhuu .

dulu-dulu rajinlah letak, sekarang dah buang. loading lama sangat.. btw, thanks for info. =)

hahaha... seriuosly saya tak suka blog yg ada lagu... bila buka blog yg ada lagu ja mesti tutup terus.. pegi blog lain pulak... nak pula lagu yg kita paling tak suka berkumandang... huhu

saya dah lalui zaman letak lagu ni. malu pulak bila ingat balik. memang tak relevan langsung.
pembaca pun dah simpan lagu sendiri dlm fon

Sama la. bila masuk blog ada lagu. Huh! terus cari button pangkah.

Saya pun letak dulu. Kononnya nampak comel la bila baca entri sambil dengar2 lagu. Rupanya ada yang tak suka. hehe

Tak berapa suka sangat. Terus pangkah.

Dolu2 pernah letak ...konon2nya ... nak menceriakan ... ttp rupa2nya membingitkan ......

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info