Sinopsis Filem Suami Aku Ustaz

Sinopsis filem suami aku ustaz. Mengisahkan Alisa (Nora Danish) yang dipaksa untuk mengahwini dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya  iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.

Baca juga - Kenali wajah sebenar ibu bapa Nora Danish

Sinopsis Filem Suami Aku Ustaz

Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua?

Saksikan kesudahannya dalam Suami Aku Ustaz, filem adaptasi novel terlaris di pawagam bermula 14 Mei 2015!

Review Filem Suami Aku Ustaz



Filem ini juga diadaptasikan dari novel dengan judul yang sama karya Hannah Dhaniyah, arahan Ghaz Abu Bakar dan pengarah bersama Adi Putra. Antara barisan pelakon yang menjayakan filem dari novel ini adalah Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Betty Rahmad, Jue Aziz, Liza Abdullah, Razak Ahmad dan Kamaliah Mat Don juga penampilan khas Norman Hakim.

Nak tahu filem ini best ke tidak? jangan lupa tonton filem Suami Aku Ustaz di pawagam yang berdekatan dengan anda.

selamat membaca - Sinopsis Filem Suami Aku Ustaz


0 Komentar untuk "Sinopsis Filem Suami Aku Ustaz"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info