Telenomovie Rindu Awak 200% Raya Ini

Telenomovie rindu awak 200% raya ini. Berita gembira buat peminat drama slot Akasia yang pernah popular iaitu Rindu Awak 200% gandingan pelakon hebat Ayda Jebat dan Zul Ariffin bakal menemui anda raya ini dalam sebuah telenovie sambungan kepada drama itu.

Kali ini menampilkan watak Zill Faezrul dan Armel Aisya yang sudah pun bergelar ibu dan ayah kepada anak mereka dalam episode terakhir Rindu Awak 200%. Rasanya pasti ramai yang tak sabar menanti drama ini hari raya Aidilfitri nantu kan?

Telenomovie Rindu Awak 200% Raya Ini

Telenomovie Rindu Awak 200% Raya Ini


Tidak dinafikan drama Rindu Awak 200% mempunyai aura tersendiri dan bilangan penonton yang cukup luar biasa. Malah berjaya merangkul 4 anugerah di Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang lalu. Tak cukup dengan itu, Ayda Jebat sendiri berjaya memenangi anugerah Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 2014 serta pelakon utama drama ini dianugerahkan pemenang kategor online (ABPBH2014) dalam gandingan serasi di layar - Ayda jebat & Zul Ariffin.

Telenomovie Rindu Awak 200% Raya Ini

Kejayaan lakonan mereka sendiri membuat mata penonton dan masing-masing mempunyai jumlah peminat tegar yang cukup ramai. Ada khabar angin mengatakan pengambaran bagi Telenomovie Rindu Awak 200% sedang dijalankan.

Apa pun nantinya di hari raya Aidilfiti nanti di TV3, tarikh dan jam akan diberitahu kemudian.

1 Komentar untuk "Telenomovie Rindu Awak 200% Raya Ini"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info