Tonton Drama Slot Akasia Dia Isteri Luar Biasa 28 Episode

Slot terbaru Akasia berjudul Dia Isteri Luar Biasa merupakan drama adaptasi novel karya Umie Nadzimah bakal mengantikan drama popular Hati Perempuan 28 episode bermula 18 Mei 2015 nanti.

Sebelum ini, karya beliau pernah muncul dalam slot Akasia bertajuk Kerana Terpaksa Aku Relakan telah berjaya menarik minat penonton, apakah drama ini turut mencapai target yang sama?

Tonton Drama Slot Akasia Dia Isteri Luar Biasa 28 Episode

Drama Dia Isteri Luar Biasa dibintangi oleh Nur Fathia, Shukri Yahya, Keith Foo, Nonny Nadirah, Siti Elizad, Syatilla Melvin dan ramai lagi. Drama ini bakal bersiaran pada 18 Mei pada setiap hari Isnin hinga Khamis, jam 6.55 petang di TV3.

Dia Isteri Luar Biasa 28 Episode

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.
   
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi.

Apakah yang terjadi seterusnya?


sumber : InfoTaip
2 Komentar untuk "Tonton Drama Slot Akasia Dia Isteri Luar Biasa 28 Episode"

macam best je drama ini..mesti tengok nanti

tak minat sangat. tapi bila takde kerja dan takde chanel lain, layan jugak

http://kucenmaster.blogspot.com/

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info