Cara Ketahui Jumlah Backlinks Blog

Apabila bercakap mengenai SEO... pasti akan kaitkan dengan backlinks. Jadi apa sebenarnya backlink? Okep. secara mudahnya kita faham bahawa backlinks terbahagi kepada dua suku kata iaitu back(kembali) dan links(pautan).. Ertinya jalinan pautan luar yang menghala kembali kepada laman web atau blog kita. Dan pautan ini datangnya daripada pelbagai sumber:
  • Media sosial (facebook, twitter, google+)
  • Youtube
  • Forum
  • Laman web atau blog
  • Direktori artikel
  • Laman ping aggregator
Kepentingan backlinks ini adalah membolehkan sebuah blog itu berdiri teguh di enjin carian terutama sekali Google. Bukan itu saja, entri-entri di blog juga lebih mudah dan senang untuk terindeks di enjin carian.. Ringkasannya... ia menjadi kayu ukur dalam menentukan blog kita mempunyai autoriti dalam pasaran atau tidak.... juga merupakan salah satu cara untuk menurunkan Alexa rank.

Cara Ketahui Jumlah Backlinks Blog 

Cara Ketahui Jumlah Backlinks Blog

Untuk mengetahui jumlah backlinks yang ada dalam blog anda... saya syorkan anda menggunakan laman web dari BacklinkWatch.com untuk servis dan periksa backlink seperti mana yang digunapakai oleh blogger hebat HH. Sudah tentulah di yakini keberkesananya kan...

Caranya mudah saja, masukkan url blog anda. Tunggu saja paparan keputusan analisis blog anda berjaya diproses seperti dalam screenshot di atas.

Dalam tempoh hanya beberapa minit, anda boleh tahu url yang memberikan blog anda backlinks serta anchor text yang digunakan nya. Malah anda juga boleh tahu, backlinks mana yang dofollow dan nofollow akan dipaparkan di bahagian flag.

Kelebihan Backlinks Dofollow

Kelebihan backlinks dofollow ini tentu saja memberi manfaat untuk meningkatkan posisi SERP sebuah blog atau laman web di enjin carian. Dan itulah yang diingini oleh setiap blogger. Apabila blog anda mendapat backlinks dari blog dofollow yang mempunyai pagerank tinggi, tentulah hal yang baik untuk meningkatkan optimalisasi SEO blog anda. Jadi saya syorkan anda lebih kerap untuk memninggalkan komen di blog dofollow.

Diharapkan perkongsian ini bermanafaat...

p/s: Psttttt... yang tak sempat ganti puasa... jangan lupa bayar fidyah ye. :)

4 Komentar untuk "Cara Ketahui Jumlah Backlinks Blog "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info