Foto Pelakon Baru Janna Nick - Syurga Nur

As-Salam. Rasanya, mungkin ramai yang masih belum mengenali pelakon baru ini. Namanya Janna Nick atau lebih mesra dipanggil Janna... hmm sedap namanya. Janna merupakan pelakon baru, tetapi sudah pun berlakon dalam beberapa drama dan telefilem sebelum ini sejak tahun 2013 lagi. Dan tahun ini, rezeki beliau murah selepas ditawarkan untuk berlakon untuk beberapa buah drama hebat di TV3.

Foto Pelakon Baru Janna Nick - Syurga Nur

Drama yang pernah di bintangi oleh gadis muda dan manis yang dilahirkan pada tahun 1995 ini, drama hidayahmu ramadhan, abang sado jemur kain, anak ke-5, puasa oh puasa, cinta vlog TV9, ikatan RTM dan drama terbaru slot akasia Syurga Nur yang bakal menernui anda pada 1 Julai 2015 (esok).

Foto Pelakon Baru Janna Nick

Foto Pelakon Baru Janna Nick - Syurga Nur

Janna Nick mula memasuki dunia lakon sejak berusia 18 tahun lagi, tetapi bakat luar biasa yang ditonjolkan memberi kesan. Siapa sangka walaupun usianya ketika itu masih muda tetapi dia diberi peluang untuk memegang watak yang lebih berusia... Malah dalam drama Syurga Nur, Janna diberi kepercayaan oleh Azman Yahya (Jinggo) memegang watak utama sebagai Nur Jannah bergandingan dengan Amar Asyraf.

Foto Pelakon Baru Janna Nick - Syurga Nur

Pelakon yang baru saja berusia 20 tahun (2015) merupakan bekas pelajar Maktab rendah Sains Mara (MRSM) di Pendang dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM iaitu 6A 2B+.

Semoga Janna Nick terus berjaya dalam dunia lakon... Terima kasih membaca.
 
0 Komentar untuk "Foto Pelakon Baru Janna Nick - Syurga Nur"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info