Gambar Lanun Dan Kru Kapal MT Orkim Harmony

Kapal Kargo MT Orkim Harmony yang membawa 6 ribu tan metrik petrol RON95 bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada Khamis lepas sekitar jam 8.57malam, ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Pelabuhan Kuantan Pahang. Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn. Bhd. itu membawa 22 orang anak kapal yang terdiri daripada 16 orang rakyat tempatan, 5 orang dari Indonesia, dan seorang dari Myanmar.

Memetik kenyataan daripada Panglima TLDM, kapal tangki berkenaan telah dicuri lanun... juga telah ditukar cat dan namanya kepada Kim Harmon dipercayai bagi mengaburi mata pencarian. Walau bagaimana pun, kapal kargo MT Orkim Harmony akhirnya berjaya dikesan di perairan Kemboja.

22 Kru Kapal Orkim Harmony Selamat Dibebaskan

Gambar Lanun Dan Kru Kapal MT Orkim Harmony

Kesemua 22 kru kapal tangki Orkim Harmony berjaya ditemui dan kesemuanya dalam keadaan selamat. Manakala tukang masak Mavit Matin yang mengalami kecederaan di tembak di paha... kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

8 Warga Indonesia Disyaki Lanun 
Gambar Lanun Dan Kru Kapal MT Orkim Harmony
Gambar lapan warga lanun yang disyaki merampas kapal tangki berkenaan ditermui di Pulau Tho Cho, Vietnam pada jam 6.30 pagi tadi dalam bot penyelamat, dan mendakwa bahawa bot menangkap ikan mereka telah karam. Siasatan sedang dijalankan - Kata Panglima TLDM menerusi laman Twitternya

Sumber: BH online


0 Komentar untuk "Gambar Lanun Dan Kru Kapal MT Orkim Harmony"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info