Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1436H/2015

Salam Ramadhan 1436H... bagi hari ke dua puluh hari ini. Masih berbaki sepuluh hari saja lagi untuk kita meraikan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri tak lama saja lagi. Jadi aku ingin kongsikan kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2015 ini.

Kadar zakat fitrah bagi tahun 1436H/2015M... tiada jauh beza dengan tahun sebelumnya. Hukum membayar zakat fitrah adalah wajib ke atas individu yang beragama Islam iaitu sebanyak satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya. Kadar pembayaran zakat fitrah ini ditentukan oleh Pihak Majlis Agaman Islam Negeri... dan berbeza mengikut makanan ruji sesebuah tempat itu.

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1436H/2015

Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh Malaysia bagi tahun 2015 bersamaa 1436 Hijrah seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.
Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1436H/2015
Perbezaan kadar bayaran zakat fitrah negeri Johor dan Terengganu adalah dkira berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira had umur dan di masa saja mereka berada untuk menyempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun tersebut.

Untuk waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5 kategori:
  • Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya
  • Waktu sunat : Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal
Zakat fitrah ini disyariatkan untuk membersihkan pelaksanaan puasa Ramadhan dari perbuatan sia-sia dan perkara keji di waktu puasa....

Terima kasih kerana membaca - Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1436H/2015

0 Komentar untuk "Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1436H/2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info