Masalah blog Redirect Ke Url Lain

Siapa pernah alami masalah begini? .....perkara sebegini sering kali berlaku terutama ketika mahu menambah atau membuang sesuatu coding di dalam template blog. Hurm... hampir dua hari juga, saya terpaksa membaik pulih semula coding di dalamnya..... Alhamdulillah, hari ni berjaya juga selesaikan masalah blog redirect ke Url lain.

Masalah blog Redirect Ke Url Lain

Kalau anda perasan... setiap kali menaip url - www.bakul2011.com.... paparan pemula akan masuk ke blog ini... belum sempat habis loading, ia akan terus (redirect) ke kepada paparan di bawah ini.

Masalah blog Redirect Ke Url Lain

Masalah ini sememangnya bahaya.... terutama sekali meninggalkan kesan mendalam pada trafik blog. Mana tidaknya, setiap kali pengunjung masuk... automatik akan terus ke url lain. Jadi... pengunjung tidak sempat melihat entri-entri yang lain. Agak sedih bila buka blog sendiri... page lain yang keluar. Mood untuk update pun terus hilang...


Masalah blog Redirect Ke Url Lain

Tetapi saya bernasib baik.... kerana masih menyimpan template blog yang backup sebelum ini. Ambik masa juga untuk edit semula coding seperti paparan sebelumnya.... mungkin ada pertambahan sedikit dari sebelum ini.

Jadi kepada semua blogger.... dinasihatkan berhati-hati ketika menambah apa-apa coding baru dalam template. Kalau rasa script tu macam pelik je terus buang, jangan disimpan lagi. Mungkin itu punca masalah ini. Seperti kes saya ni... mungkin ada script yang dah salah letak mengakibatkan ia redirect kepada pembuat template ini...

Dan yang penting... simpan backup template... kerana mungkin ada hari anda memerlukannya.. Siapa tahu.

2 Komentar untuk "Masalah blog Redirect Ke Url Lain"

Patutla. Masalah dia ape eh sebenarnya...malware ker?

Malware pun ada kemungkin jugak.... tapi saya punya kes sebab slh coding.. template download dia ada coding khas redirect ke blog pembuat... so bila salah pasang, atau terbuang dia jdi cm ni laaa

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info