Menang Cabutan Bertuah RM30,000 Dari Shell

Menang cabutan bertuah RM30,000 dari ShellMenang cabutan bertuah RM30,000 dari Shell. Fuhh... beraya sakan jawapnya tahun ni. Bolehla tahun ini beli baju raya sepuluh pasang kan, itu tak termasuk kasut dengan tudung raya. Hurmm.. apa lagi boleh beli dengan duit sebanyak lagi. Ehhh... kejap. Setahu aku, belum pernah lagi dalam tahun ni aku isi petrol kat mana-mana cawangan Shell. Apatah lagi isi borang peraduan untuk cabutan bertuah...

Mana ada orang nak berikan kita duit sebanyak ini tanpa perlu keluarkan modal. Inilah taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengaburi mata "pemenang palsu". Kononnya anda berjaya menang cabutan bertuah wang tunai dari syarikat besar. Sedangkan anda sendiri pun tak pernah isi borang atau guna produk kat syarikat tersebut. Bagaimana pula boleh menang hadiah sebanyak ini?

Menang Cabutan Bertuah RM30,000 Dari Shell

Menang cabutan bertuah RM30,000 dari Shell

Hoho... tergelak aku dibuatnya. Kalau iya pun nak menipu, bahasa melayu tu biar fasih. Tak pun guna saja bahasa inggeris, kan mudah.

Daripada sumber yang aku dapat. Sindikat ini kebanyakkan warga asing terutamanya Indonesia. Dengan mambuat tawaran hadiah palsu dengan mendakwa kononnya mereka ini daripada syarikat besar seperti Celcom, Shell,  Petronas, Astro, Mybank, Power Root, Maxis dan juga Digi. Setelah mangsa tadi menelefon nomber yang tertera, mereka akan meminta mangsa untuk transfer wang dari akaun milik mangsa kepada akaun yang akan mereka berikan nanti.

Hah... sambil membuta tuli saja anda perbodohkan. Jangan terlalu teruja untuk mendapatkan wang dengan cara mudah, silap hari bulan anda yang terpadaya. Jadi berhati-hati...

Terima kasih kerana membaca - Menang cabutan bertuah RM30,000 dari Shell


1 Komentar untuk "Menang Cabutan Bertuah RM30,000 Dari Shell"

hahaaaa... agak2 terkedu tak mereka yang baca apa yg direplay kan tu...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info