Mobicow - Cabang Blogger Buat Duit

Pernah tak anda pergi ke satu blog, terbaca satu artikel berkaitan blogger buat duit dengan Mobicow dan disertakan hasil pembayarannya. Rasanya pengiklanan ini tak asing lagi di kalangan blogger, sampai satu ketika semua blogger Malaysia bercerita mengenainya. Saya ada juga terbaca tapi belum lihat sendiri hasilnya... jadi saya terasa untuk mencuba.. jika berjaya saya kongsikan untuk anda di blog ini.

Menurut bacaan saya... Mobicow adalah satu platform pengiklanan yang "awesome", kerana permohonannya tak banyak kerenah seperti Innity dan Adsense tetapi semudah Nuffnang. Cuma ia tak keluar paparan iklan jika anda menggunakan laptop dan komputer... sebaliknya perlu dilihat menggunakan telefon pintar. Hmmm... bunyi saja dah macam sukar.. tapi tak apa kita cuba dulu. Berjaya atu tidak itu belakang kira kan... Setiap blogger berhak mencuba pelbagai platform pengiklanan.. jangan hanya bertahan pada satu pengiklanan saja.

Mobicow Pengiklanan Dengan Smartphone

Mobicow - Cabang Blogger Buat Duit

Ciri-ciri Pengiklanan Dari Mobicow
  • Mobicow hanya akan bayar sekiranya terdapat iklan popup yang berjaya keluar dari blog atau website. 
  • Tak perlu klik-klik seperti iklan lain... ada iklan keluar ada la bayarannya.... nampak senang kan?
  • Iklan popup akan hanya keluar di telefon pintar sahaja. Selain dari itu, anda tidak akan terlihat sebarangan iklan yang terhasil darinya... sama juga kalau guna netbook taw.
  • Aku difahamkan... tiada lagi iklan beruncur LUCAH, JUDI, ARAK dan seangkatan dengannya.
  • Bayaran akan dibuat menerusi akaun paypal, kalau belum ada boleh buka akaun paypal dulu secara percuma.
  • Dari hasil review... ramai yang dah berjaya perolehi income darinya. 
Cara Untuk Memohon Mobicow
  • Pergi ke laman web - Mobicow
  • Kemudian register dan klik sign up seperti mana borang dibawah ini.
Mobicow - Cabang Blogger Buat Duit
  • Dapatkan pengesahan yang dihantar menerusi email anda.. 
  • Kemudian copy kode pengesahan... kemudian barulah log in dengan masukkan usernam dan pasword yang didaftar tadi.
  • Seterusnya cari kode dan pasangkan di blog anda.
  • Siap sudah...
Macam mana.... nampak tu macam mudah. Apa yang saya lihat ramai yang tak bertahan lama dengan pengiklanan ini... mungkin iklan tak banyak keluar agaknya. Tak pe... ini masih lagi dalam proses percubaan...

Yang nak mencuba nasib dengan Mobicow... sekali lagi saya ulang. Daftar di sini - Mobicow

4 Komentar untuk "Mobicow - Cabang Blogger Buat Duit"

nasib baik dah daftar.. haha!

mcm mn ye? okep komisen dia...

Owh macam tu rupanya. Boleh la kot nnt cuba.

belum bersedia lg kot . hehee

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info