Perbaiki Struktur Data Blog Untuk Kuasai SEO

Perbaiki struktur data blog untuk kuasai SEO. Sebelum memulakan penulisan entri... saya akan mencari maklumat dan membaca serba sedikit panduan mengenai SEO untuk blog daripada blogger-blogger hebat antarabangsa serta pakar SEO... tak terlepas dari kunjungan juga, pastilah pakar seo Malaysia - bro Hasrul Hassan.

Pada tadi saya terpana pada satu entri terbitan beliau mengenai struktur data blog. Sebenarnya saya tak berapa faham sangat apa yang dia cuba sampaikan tu... tapi saya cuba uji salah satu link dalam blog ini menggunakan - Structured data testing tools seperti mana yang disyorkan. Cuba lihat dibawah, hasil dari ujian link saya ini... banyak juga yang berwarna merah menandakan struktur data blog saya ada yang error. Hurmm...

Perbaiki Struktur Data Blog Untuk Kuasai SEO

Perbaiki Struktur Data Blog Untuk Kuasai SEO

Yang mana error tu.... saya cuba kesan dan kenalpasti struktur data yang salah itu dalam template blog. Kemudian, saya cuba faham penerangan daripada Schema.org bagi memperbaiki semula struktur data yang salah tadi. Susah juga sebenarnya nak faham setiap satu per satu struktur ini.....

Contohnya seperti ini :
Perbaiki Struktur Data Blog Untuk Kuasai SEO
Ini pula hasil daripada perbaikan semula struktur data yang error tadi tu...

Perbaiki Struktur Data Blog Untuk Kuasai SEO
Perbaiki Struktur Data Blog Untuk Kuasai SEO

Okep. Ini pula sedikit info yang dikongsikan oleh blogger Hasrul Hassan mengenai struktur data yang mahu diperbaiki semula.

  • Memahami apa itu schema.org dalam struktur data blog atau laman web. Schema.org merupakan satu panduan berbentuk vokabulari internet yang membolehkan blogger menyediakan satu artikel yang difahami oleh enjin-enjin carian. 
  • Terdapat 3 jenis format iaitu Microdata, RDFa dan juga JSON-LD. Format ini adalah cara kita menyediakan kerangka artikel kita bersandarkan kepada schema.org.
  • Format ini akan bantu enjin carian untuk mengetahui apa yang anda tulis di dalam blog. Ia merangkumi jenis data - siapa penulis, tarikh ditulis, review yang telah dibuat, adakah artikel itu merupakan ulasan buku, resepi, kejadian, filem atau mengenai sesuatu tempat, lokasi atau hanya satu catatan peribadi dalam sebuah blog.
  • Komputer dan internet tidak memahami apa yang kita tulis kepada pembaca, jadi struktur data seperti ini akan bantu enjin pencari mengetahui apa yang kita sampaikan dan kelaskan ia di dalam pengkalan data enjin carian dengan betul.
  • Untuk blog, schema.org yang penting untuk anda tahu ialah BlogPosting, ArticleBody, keywords, entry content, date updated, date published serta Author atau Publisher. Semua ini merupakan markup yang perlu ditambah atau diberitahu di dalam struktur data blog anda.

Hah. mulanya memang pening sikit, tapi kalau dah minat mendalam untuk mempelajari seo... pening pun boleh hilang asalkan kepuasan berblogging itu kita dapat.. betul tak. Entri ini sekadar perkongsian saya membaiki struktur data blog bakul2011 ini.... untuk lebih detail, pergi terus ke blog pakar seo Malaysia.

Selamat membaca.

2 Komentar untuk "Perbaiki Struktur Data Blog Untuk Kuasai SEO"

Daripada malam tadi smpai dah buang error yg ada. Tapi keluar "Node is empty. Double check that this is desired and consider removing."

Ramai yang dah mula ingin mengetahui struktur data dan mengatasinya error yang berlaku.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info