Program Affiliate Bantu Blogger Jana Income Online

Mungkin anda selalu dengar tentang program affiliate... tapi tidak tahu apa sebenarnya, dan bagaimana pendapatan boleh dihasilkan daripadanya. Okep. Program Affiliate adalah anda sebagai orang tengah (agen) mempromosi produk dari pihak lain (usahawan atau syarikat) dan diberi bayaran iaitu komisen sekiranya ada pihak yang membeli produk tersebut melalui link affiliate anda....  Dah faham kan?

Agen (link affiliate) > Pembeli > Laman Web = Komisen

Program affiliate ini sangat mudah.... terutama jika anda mempunyai blog. Cukup saja dengan menulis entri review tentang produk yang hendak dijual.. kemudian tunggu saja sehingga ada yang membeli.. Menarik kan... secara offline pun anda hasilkan dapat duit.

Program Affiliate Bantu Blogger Jana Income Online

Program Affiliate Bantu Blogger Jana Income Online

Sebelum itu perlu diingatkan program affiliate ini bukanlah program skim cepat kaya atau MLM. Pendaftaran untuk program ini adalah percuma... sekiranya ada yang mengenakan bayaran mungkin atas sebab-sebab tertentu... tetapi selalunya program ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Atau modal kosong...kerana ia hanya melibatkan dua pihak iaitu agen penjual dan yang menjual.

"Promosi terbaik adalah dengan menjadi umpama "jurucakap" kepada produk affiliate yang disertai seperti memberikan testimoni sendiri atau review yang ikhlas" - Irfan Khairi

Bagaimana affiliate boleh membantu blogger?

Mudah saja.... kerana program affiliate ini mempunyai tools atau alat yang membolehkan agen affiliate yang terdiri daripada blogger mempromosikan produk dengan mudah di blog mereka seperti penyediaan banner pengiklanan untuk dilekatkan di blog-blog. Secara offline pun anda boleh dapat hasilkan pendapatan.... menarik kan?

Tapi kalau nak dapatkan ilmu berkaitan program affiliate kena la labur sedikit.... Masuk toilet pun kena bayar... ye tak?

Entri berikutnya... aku akan kongsikan senarai program affiliate Malaysia yang menawarkan komisen yang cukup lumayan bagi membantu blogger atau pelajar untuk buat duit secara atas talian....


3 Komentar untuk "Program Affiliate Bantu Blogger Jana Income Online"

Ada gak join affialiate tapi tergantung macam tu je..

tgh cuba jugak dengan affiliate ni

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info