Senarai Nama Mangsa Gempa Sabah Jun 2015

SABAH: Gempa bumi bermagnitud 5.9 skala ricther melanda barat daya Ranau... Dan turut dirasai beberapa kawasan lain iaitu Tuaran, Tambunan, Pedalaman, Kinabalu dan juga Kota Belud, menurut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia.

Baca juga - Gempa bumi sekuat 5.9 skala ritcher melanda Ranau Sabah.

Kejadian itu mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk yang terlibat. Malah turut dikongsikan beberapa foto kesan gempa yang meranapkan harta benda, jalan raya serta bangunan. Gegaran yang dirasai hanya beberapa minit itu dikhabarkan berlaku hampir lima kali dalam masa singkat....

Gempa Bumi Sabah Jun 2015

Senarai Nama Mangsa Gempa Sabah Jun 2015

Senarai Nama Mangsa Gempa Sabah Jun 2015

Dalam pada itu, senarai penuh nama mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu Sabah yang terkorban sudah dikeluarkan oleh bilik operasi dan penyelamat. Manakala dua mangsa yang terawal berjaya dibawa turun pada hari gempa (jumaat) iaitu Robbie Sipinggil (30 tahun), dan pelajar dari Singapura Wee Ying Ping Peony....

Mangsa juga Singapura, Prajesh Dhiman Patel (12 tahun) dilapor mengalami kecerderaan serius.

Berikut adalah senarai nama 19 mangsa yang terlibat gempa bumi Sabah:

MALAYSIA
  1. Lim Choon Seong, 45 (lelaki) 
  2. Muhammad Logman bin Abd Karim, 22 (lelaki)
  3. Mohd Khairuladzuan bin Abd, 39 (lelaki)
  4. Valerian Joannes – kakitangan Mountain Torq, (lelaki)
  5. Ricky Masarin – kakitangan Mountain Torq, (lelaki)
  6. Joseph Solugin – malim gunung, (lelaki)
  7. Robbie Sapinggi, 30 (lelaki) – pelatih gunung
SINGAPURA 
  1. Rachel Ho Yann Shilin, 12, (perempuan) 
  2. Sonia Jhala, 12, (perempuan)
  3. Emilie Giovanna Ramu, 12, (perempuan)
  4. Ameer Ryyan bin Mohd Aded, 12, (lelaki)
  5. Navdeep Singh Jayral s/o Raj Kumar, 13 (lelaki)
  6. Mohammad Ghazi b Mohamed, 35 (lelaki)
  7. Loo Jian Liang Terrence, 29 (lelaki)
  8. Muhammad Daanish b Amran, 22 (lelaki)
  9. Wee Ying Ping Peony, 12 (perempuan)
FILIPINA 
  1. Karyl Mitzi Higuit Matahom, 12 (perempuan)
JEPUN 
  1. Ozaki Masahiro, 29, (lelaki)
CHINA   
  1. Lugi, 35 (lelaki)
Senarai Nama Mangsa Gempa Sabah Jun 2015

Sungguh sayu melihat jasad mereka yang terkorban.. Apatah lagi banyak kawasan yang terjejas dengan terputusanya bekalan air serta kerosakan harta benda. Sesungguhnya dugaan ini satu ujian mengingatkan kita pada Esa. Marilah kita sama-sama berdoa kesejahteraan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan gempa ini, termasuklah sanak-saudara mereka...



0 Komentar untuk "Senarai Nama Mangsa Gempa Sabah Jun 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info