Trailer Minion Ditonton 25 Juta Kali

Banana.. atau potato... Errr. tak kisahla mana pun. Minion adalah satu filem yang tak asing lagi di kalangan kanak-kanak malah turut diminati oleh golongan dewasa dan sederhana tua. Filem Minion berbentuk animasi ini mula diperkenalkan sejak tahun 2010 dengan tajuk Despicable Me dan seterusnya tahun 2013 dalam filem Despicable Me versi 2.

Kini mereka muncul dalam filem animasi mereka tersendiri bertajuk " Minion". Jika dilihat dari youtube, trailer Minion ini sudah pun melebihi 25 juta view dengan 108,137 likes dan 5,375 unlikes. Mungkin scene minion dalam filem sebelum ini agak pendek, jadi untuk filem mereka sendiri ini dari awal sehingga akhir hanya mengisahkan tiga rakan baik iaitu Stuart, Kevin dan juga Bob, pasti tak kering gusi melihat telatah mereka kan...

Sinopsis Filem Minion 18 Jun 2015

filem minion full movie


Filem Minions berkisarkan tentang tiga sahabat baik iaitu Stuart, Kevin dan juga Bob sebelum mereka bertemu dengan Dr. Gru dalam Despicable Me. Sejak bumi terbentuk lagi, minion sudah pun wujud.. dan tugas mereka ketika itu adalah mengabdikan diri pada penjahat yang paling kejam.... Bermula dengan T-Rex di zaman purba, kemudian kepada Fir'aun membentuk piramid... hinggalah melayani Drakula.

Apabila kesemua kejahatan itu dihancurkan, mereka mengambil keputusan pergi mengasingkan diri dan mulai hidup yang baru di Antartika. Apabila merasakan kurangnya kejahatan... Kevin berfikir untuk mencari penjahat... Kevin, Bob dan Stuart pun berangkat untuk mencari ketua penjahat yang baru untuk rakan minion mereka yang lain.

Mereka berlayar dan sampai ke daratan iaitu sebuah pusat villain convention center yang ....di sana mereka bersaing untuk hak menjadi pengikut Scarlet Overkill, seorang villain atau penjahat yang stylish dan sangat ambitious memiliki tekad untuk menguasai dunia dan menjadi super villain perempuan nombor satu.

Video Trailer Minion Tayangan 18 June 2015



Lihat trailer saja pun sudah tahu filem penuh gelak ketawa... dan pastinya mendapat sambutan hangat seperti sebelumnya.... kebodohan dan kegilaan tiga sahabat minion membuatkan mereka saling sempurna...



Terima kasih kerana membaca - Trailer minion ditonton 25 juta kali.


4 Komentar untuk "Trailer Minion Ditonton 25 Juta Kali"

tak sabar nak tengok citer ni..huhuhu ^_^

suka temgok...hahaa..banannana

haha ceta peberek ni..... ramai juga yang suka

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info