Bae Yong-joon Dan Park Soo-jin Dah Kahwin

Winter Sonata merupakan sebuah drama korea penuh dengan airmata dan kesedihan yang ditayangkan pada tahun 2002. Ingat lagi saya pada ketika itu, baru berusia 12 tahun... boleh dikatakan saya tak akan ketinggalan untuk menonton setiap epidose drama Winter Sonata ini... Sampaikan minat punya pasal, sanggup jiran saya membeli cd drama penuh Winter Sonata untuk mengetahui episode terakhirnya. Iyela.... kalau tunggu di TV mahu sebulan pun belum tentu ending lagi.

Bae Yong-joon Dan Park Soo-jin Dah Kahwin

Bae Yong-joon Dan Park Soo-jin Dah Kahwin

Pelakon utama drama Winter Sonata, Bae Yong-joon dan Park Soo-Jin secara rasminya menjadi suami isteri. Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan rapat sahaja. Park Soo jin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan juga personaliti televisyen kini menjadi isteri kepada Bae yong-joon.

Berita gembira ini dimuatnaikan di laman instagram milik Bae Yong Joon.

Menurut Bae Yong di berkenalan dengan isterinya Park Soo Jin pada February lalu. dan terus mengambil keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Walaupun jarak umur 13 tahun antara Bae dan Park, itu bukanlah penghalang untuk mereka mendirikan rumah tangga.

Drama terakhir lakonan Bae ialah ‘The Legend’ pada 2007 dan dia juga pemegang saham utama agensi pengurusan bakat Korea, KeyEast Entertainment. Dia dilaporkan memiliki harta berjumlah 107 bilion won (RM350 juta). Wow!!

Terima kasih kerana membaca artikel ini.

1 Komentar untuk "Bae Yong-joon Dan Park Soo-jin Dah Kahwin"

famous jugak winter sonata dulu. saya tengok gitu gitu je. haha

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info