Budak Setahun Terkoyak Paha Dibaham Anjing

Budak setahun terkoyak paha dibaham anjing. Selalu sangat dah kita mendengar mengenai anjing yang membaham manusia, walaupau ia dibela sejak dari kecil sehingga besar sebagai haiwan peliharaan tuannya. Tetapi adakalanya dia akan bertindak di luar kawalan dan menyerang sesiapa saja disekelilinganya.. Lebih menyedihkan bila yang dibaham itu adalah kanak-kanak.

Oleh sebab itu, haiwan peliharaan ganas seperti Anjing tidak sesuai dibela di kawasan perumahan. Ia akan bertindak ganas apabila melihat manusia selain tuannya seakan musuh dan menyerang sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk pada mangsa yang diserang itu.

Budak Setahun Terkoyak Paha Dibaham Anjing

Budak Setahun Terkoyak Paha Dibaham Anjing

Marah. Takut. Sedih... itulah perasaan yang dapat digambarkan apabila melihat kanak-kanak berusia setahun ini dibaham anjing jiran sehingga terkoyak paha.

Berikut adalah berita lanjut mengenai budak setahun dibaham anjing keluar bermain diluar luar rumah:

Jasin: Keadaan kanak-kanak lelaki yang cedera kedua-dua belah paha akibat diserang anjing di Taman Kesang Damai, Jasin, Sabtu lalu, kini stabil selepas dimasukkan ke Hospital Melaka pada hari kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Muhammad Aiman Shah Iskandar Saiful berusia setahun tujuh bulan, dikatakan sedang bermain di luar pagar rumahnya.

Sumber berkata, ketika itu pemilik anjing berkenaan membawa haiwan berkenaan keluar untuk bersiar-siar.

"Namun anjing itu dipercayai terlepas dan menerkam mangsa dan mengheret kanak-kanak itu sejauh 10 meter.

"Tindakan pantas pemilik haiwan itu yang membantu melepaskan gigitan anjingnya pada mangsa menyelamatkan kanak-kanak terbabit daripada mengalami kecederaan lebih parah," katanya.

Akibat kejadian itu mangsa mengalami luka akibat gigitan yang serius pada paha kiri dan kanan tetapi kini dilaporkan stabil dirawat di wad kanak-kanak Hospital Melaka. - MyMetro.

MasyaAllah. Tak semena-mena budak ini terpaksa menahan kesakitan.. apa la yang dia tahu selain menangis dan menangis..

Sepatutnya setiap penduduk harus perihatin dan ambil langkah berjaga-jaga tentang isu ini, sebabnya ia bukanlah suatu isu yang baru.. selalu sangat dah kita dengar. Elakkan membela anjing di kawasan perumahan atau kawasan yang menjadi tumpuan umum. Tiada ada jaminan yang anjing itu tak akan mengila.. mungkin hari ini baik.. esok lusa mana kita tahu kan.


1 Komentar untuk "Budak Setahun Terkoyak Paha Dibaham Anjing"

nak tanya 1 je, mana mak budak ni masa kejadian ni jadi? n siapa yg berakal? mak budak ni or anjing tu? kalau anak tu kena langgar kereta, so kereta tak sesuai utk dibawa di dalam taman pulak? anak setahun lebih dibiar main sorang2 kat luar rumah??? lepas tu senang2 je nak salahkan perkara lain utk lepaskan kesalahan sendiri? banyak benda lain lagi boleh jadi. kena culik, jatuh longkang, kena langgar kereta. kebetulan kejadian ni boleh salahkan haiwan tu. tak nampak salah sendiri ke??

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info