Cara Buka Akaun Paypal Terima Bayaran Dalam USD

Huh! kesat peluh sikit... ini adalah entri auto publish ketiga saya sempena raya ..bagi mengelakkan blog tanpa update ketika raya. Berbalik kepada tajuk, pernahkah anda dengar mengenai Paypal? mesti pernahkan tapi tapi tak pasti apa kegunaan akaun paypal ni.

Paypal merupakan satu laman yang memudahkan jual beli atau pindahkan wang anda dengan selamat di serata dunia hanya dalam talian. Anda boleh terima bayaran dengan mudah, contohnya komisen pertama dari Mobicow atau bayaran anda dari Adsense... itu semua bentuk bayaran dalam USD. Sekiranya berlaku transaksi anda akan menerima email pemberitahuan dari Paypal. sangat mudah!

Cara Buka Akaun Paypal Terima Bayaran Dalam USD

Saya sendiri mulanya tak tahu juga pasal Paypal, tapi selalu mendengar tentangnya ..sehinggalah saya berjinak-jinak dengan Mobicow yang memerlukan saya untuk buka akaun paypal bagi menerima bayaran dalam bentuk USD. Hurm... tak sangka pula, paypal ini mudah saja untuk di daftarkan dan paling penting buka akuan paypal adalah percuma!

Cara Buka Akuan Paypal Terima Bayaran Dalam USD

Ini adalah alasan mengapa anda perlu untuk buka akaun paypal,
  • Buka akaun Paypal adalah percuma, tanpa sebarang bayaran.
  • Untuk memudahkan barangan anda dijual dalam parasan antarabangsa 
  • Akaun Paypal memudahkan pembelian produk dan perkhidmatan di serata dunia
  • Boleh beli dan terima bayaran menggunakan kad kredit atau transaksi terus ke akaun bank anda dalam masa 2-3hari saja.
  • Anda boleh sertai program affiliate di luar negara dan bayaran komisen ke akaun paypal
Ada banyak lagi alasan sebenarnya untuk saya senaraikan... tapi selebihnya anda boleh tahu selepas anda memiliki sendiri akaun paypal. Oh ya.. untuk tujuan transaksi ke akaun bank, anda akan dikenakan sedikit caj.

Okep. saya akan kongsikan kepada anda langkah demi langkah untuk membuka akaun paypal bagi terima bayaran dalam bentuk USD. Tiada bayaran dikenakan ye.
  • Pertama sekali pergi ke pautan -https://www.paypal.com
  • Klik sign up dan pilih jenis akaun yang anda mahu buka, "Primarily" atau "Busines"
  • Klik get started dan isi butiran yang diperlukan
  • Masukan no telefon untuk verify
  • Sila sahkan (agree and create account) setalah baca segala Paypal user agrement
Cara Buka Akuan Paypal Terima Bayaran Dalam USD

Cara Buka Akuan Paypal Terima Bayaran Dalam USD

Selesai. Mudah saja kan.

Okep. untuk keluarkan duit daripada akaun paypal.. anda ada boleh pilih mana-mana bank yang tersenarai dalam MEPS Bank routing code di bahagian withdraw akaun paypal anda. Kalau dulu.. saya difahamkan untuk keluarkan duit daripada akaun paypal memerlukan akaun Maybank.. mungkin agak susah kerna tak semua ada akaun Maybank termasuklah saya.

Masa yang di ambil untuk keluarkan duit dari akaun paypal ke bank anda adalah 2 hingga 3 hari. Fee akan dikenakan sebanyak RM3.00 bagi transaksi kurang dari RM400 dan jika lebih tiada sebarang fee dikenakan.

Tak perlu banyak fikir, ayuh cepat buka akaun paypal anda untuk terima bayaran dalam USD.

Selamat mencuba.

0 Komentar untuk "Cara Buka Akaun Paypal Terima Bayaran Dalam USD"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info