Dapatkan Rebat Tol 50 Peratus Dari PLUS Sempena Aidilfitri 2015

Dapatkan rebat tol 50 peratus dari PLUS sempena Aidilfitri 2015. Rasanya ramai yang sudah pun mengetahui bahawa pihak Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)  telah mengumumkan pemberian  rebat tol sebanyak 50 peratus bersempena dengan Aidilfiti 2015 yang bakal menjelma ini.

Rebat sebanyak 50 peratus itu ditawarkan kepada pengguna kenderaan kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada tarikh bukan puncak bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia boleh dinikmati oleh pengguna lebuhraya bagi perjalanan jarak jauh iaitu melebihi 100 kilometer pada hari-hari tersebut.

Berikut adalah kadar rebat tol bagi tarikh yang ditetapkan :
Dapatkan Rebat Tol 50 Peratus Dari PLUS Sempena Aidilfitri 2015
Dapatkan Rebat Tol 50 Peratus Dari PLUS Sempena Aidilfitri 2015

Rebat tersebut boleh dinikmati oleh pengguna lebuhraya PLUS yang membayar tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go atau SmartTag pada tarikh tersebut. Pemberian rebat tol ini adalah salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pulang ke kampung sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kembali ke bandar selepas berhari raya pada Hari-hari Bukan Puncak. Ia juga merupakan penghargaan PLUS kepada orang ramai yang terus menyokong perkhidmatan rangkaian lebuh raya tersebut.

Dapatkan Rebat Tol 50 Peratus Dari PLUS Sempena Aidilfitri 2015

Antara syarat untuk dapatkan rebat tol PLUS :
  1. Menggunakan lebuhraya PLUS bukan waktu puncak
  2. Membayar tol dengan kad PLUSmiles dan Touch 'n Go atau SmartTag.
  3. Pengguna kenderaan kelas 1
  4. Jarak perjalanan mestilah melebihi 100 kilometer
PLUS akan turut mengambil pelbagai langkah lain untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa pada musim perayaan yang akan datang. Ia termasuklah mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) dan lain-lain lagi yang akan diumumkan kelak.

Jadi rancanglah perjalanan anda, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju...

0 Komentar untuk "Dapatkan Rebat Tol 50 Peratus Dari PLUS Sempena Aidilfitri 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info