Empat Beranak Naik Motor Dari Penang Ke Sepang Jadi Viral

Ingat lagi tak pada keluarga yang pernah menjadi viral di facebook sewaktu menjelang sambutan hari raya Aidilfitri yang lalu. Bapa bersama tiga orang anaknya menaiki motosikal dari Sepang menuju ke Penang semata-mata untuk pulang menyambut lebaran. Kisah viral tersebut telah menyentuh hati ramai netizen yang terharu melihat empat beranak ini terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dalam cuaca yang panas... yang pasti memenatkan.

Empat Beranak Naik Motor Dari Sepang Ke Penang Jadi Viral

Yang paling menyentuh hati saya... melihat kasih sayang seorang ayah yang sanggup menepis rasa malu, dengan keadaan motor yang sarat dengan barang keperluan untuk perjalanan... apatah lagi dengan anaknya dibelakang diikat dengan tuala dipinggang supaya tak jatuh... Hmm..

Melihat pada komen-komen di bawah gambar viral ini, ada yang sudi menghulurkan bantuan untuk menumpangkan ketiga-tiga anaknya, tapi dia tak mahu. Kalau saya sendiri pun tak bagi.. apatah lagi dengan orang kita tak kenal kan.

Empat Beranak Naik Motor Dari Penang Ke Sepang Jadi Viral

Terbaru, perkongsian dari pengguna facebook (Abdullah Firdaus) yang terserempak dengan empat beranak ini dalam perjalanan pulang dari Penang ke Sepang. Berikut adalah perkongsian beliau...

Empat Beranak Naik Motor Dari Sepang Ke Penang Jadi Viral
Saya juga difahamkan bahawa bapa ketiga tiga anak ini dikenali sebagai Moza bekerja sebagai runner untuk perkhidmatan membaiki tiub dan tayar motosikal yang pecah sekitar Pulau Pinang.

Jadi untuk anda yang mahu menghulurkan bantuan atau sumbangan kepada tiga beranak ini, boleh hubungi terus kepada Moza - 017-4711160.

Benar kata perpatah ini... Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa.

Terima kasih kerana membaca.

1 Komentar untuk "Empat Beranak Naik Motor Dari Penang Ke Sepang Jadi Viral"

sy sungguh terharu dgn abang ini..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info