Pelakon Baru Azrel Ismail Mirip Wajah Remy Ishak

Pelakon baru Azrel Ismail mula dikenali ramai selepas membintangi drama terbaru Slot Akasia berjudul Syurga Nur yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 6.55 petang.... bersamanya turut digandingkan pelakon muda dan manis iaitu Janna Nick dan Amar Asyraf.

Tonton online - Syurga Nur 28 episode

Azrel Ismail dikatakan mempunyai wajah yang mirip Remy Ishak pelakon popular tanah air.... benar ke? Mari kita lihat beberapa keping foto terbaru Azrel Ismail dalam drama Syurga Nur sebagai Adib...

Foto Azrel Ismail Dalam Syurga Nur

Pelakon Baru Azrel Ismail Mirip Wajah Remy Ishak
Pelakon Baru Azrel Ismail Mirip Wajah Remy Ishak

Pelakon Baru Azrel Ismail Mirip Wajah Remy Ishak

Sekali pandang memang sebijik.... bila ditanya berkenaan wajahnya yang dianggap mirip dengan Remy Ishak, ini jawapannya,

"Saya tidak kisah pun jika orang samakan wajah saya dengan Remy kerana ia merupakan satu bonus untuk orang lebih mengenali saya.

"Dia merupakan idola saya sejak dari dulu lagi dan ramai juga yang kata muka kami serupa tetapi saya sendiri tidak pernah bersemuka dengan dia." - MStar Online.

Yang pasti Azrel Ismail anak kelahiran Taiping Perak ini bukanlah adik kepada Remy Ishak atau sepupu sepapat dan seangkatan dengannya. Bermula daripada memasuki pertandingan lelaki Maskulin 2009, ditawarkan menjadi model peragaan dan kemudian barulah ditawarkan sebagai pelakon bagi drama pertama beliau iaitu Cinta Buat Emelda serta drama lain lakonannya seperti Oscar I Miss U, Fajar Di Bukhara dan Syurga Nur.

Untuk mengetahui perkembangan  dan gambar terkini Azrel Ismail, sila klik pada pautan ini - Instagram Azrel Ismail.


1 Komentar untuk "Pelakon Baru Azrel Ismail Mirip Wajah Remy Ishak"

selamat petang..kalau nak shopping raya jangan lupa singgah blog syira lokman..banyak promosi tauuu ! :D

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info