Ribut Landa Bazar Ramadhan Kangar 2015

As salam. MasyaAllah. Agak malang bagi perniaga, kerana terpaksa berhadapan dengan sitausi ribut yang melanda tapak bazar ramadhan Kangar semalam. Malah, saya juga difahamkan ada beberapa kawasan di sekitar Negeri Perlis juga terkena sedikit tempias angin kencang yang meranapkan bumbung rumah mereka iaitu di kawasan Taman Dato Jaafar.

Ribut kencang yang datang bersama hujan lebat itu mengakibatkan persekitaran tapak berniaga bazar ramadhan Kangar berdekatan pejabat SUK dan Gua Cenderawasih itu bergelimpangan dengan barang-barang berniaga dan khemah yang patah dan rosak. Manakala di Arau bazar Ramadhan tidak dapat dibuka akibat yang lebat semalam. Semoga para perniaga tabah menghadapi dugaan ini.

Ribut Landa Bazar Ramadhan Kangar 2015

Ini antara gambar yang dikongsikan rakan facebook, menunjukkan keadaan tapak bazar Ramadhan petang semalam akibat ribut kencang dan hujan lebat.

Ribut Landa Bazar Ramadhan Kangar 2015

Ribut Landa Bazar Ramadhan Kangar 2015

Ribut Landa Bazar Ramadhan Kangar 2015

Ribut Landa Bazar Ramadhan Kangar 2015

Kejadian ribut dan angin kencang bersama hujan lebat ini berlaku kira-kira jam 3.30 petang semalam, namun bersyukur tidak kemalangan jiwa dan kecederaan yang dilaporkan. Manakala kawasan perumahan yang paling teruk dilanda ribut ini adalah Taman Dato Jaafar Jalan Hospital, yang mengalami kerosakan bumbung setengahnya keseluruhan bumbuang diterbangkan angin.

Hmm...
0 Komentar untuk "Ribut Landa Bazar Ramadhan Kangar 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info